PKR Jangka Lebih 40 MP Lompat Parti


“Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar.”

Dengan penuh yakin, Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).

Beliau membuat kenyataan tersebut di tengah-tengah laporan bahawa pemimpin tertinggi PKR bertemu dengan pemimpin sebuah parti komponen BN di Kota Kinabalu pagi ini yang berikrar untuk menyokong rancangan pembangkang itu.

Ng berkata, di samping ahli-ahli parlimen individu, beliau menjangka bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi akan menyertai Pakatan untuk memboleh pembangkang mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan pada tarikh 16 September ini. – M’kini

PewarisMelayu kata:
Anwar ibarat pemimpin agung, pemimpin yang berwibawa, dan pemimpin alternatif sebagai Perdana Menteri Malaysia, tapi dia kekurangan ahli didalam partinya (PKR) yang berwibawa untuk mentadbir negara ini.

Anwar bukannya seorang yang GENTLEMAN. Kita lihat langkahnya sekarang (tubuh kerajaan pintu belakang) dan mengambil calon/ahli BN secara paksa dengan mengumpan pelbagai habuan yang lumayan jika menyerai PR (sebutan: Pakatan Rapuh).

Anwar tergamak menggula-gulakan rakyat mahu menghapuskan DEB dihadapan orang cina, tetapi didepan orang Melayu dia begitu taksub untuk mempertahankannya. Anwar dalam misi ke Putrajaya dengan cara kotor. Kenapa ada RAKYAT dan ORANG MELAYU yang masih mempercayai Anwar?

Adakah tanggal 16Sept akan menjadi hari DARURAT seperti yang berlaku di Thailand? Adakah peristiwa 13 Mei dibimbangi akan berulang semula? kita lihat, taktik Anwar yang mahu melaga-laga kan bangsa dengan menggunakan Guan Eng untuk menaikkan kemarahan orang Cina.

Kenyataan Dato Ahmad (Bukit Bendera) mencetuskan kemarahan orang Cina dan menyebabkan keraguan ahli-ahli MP Cina yang berada didalam BN (GERAKAN dan MCA). Layakkah sekarang, Anwar dilabel sebagai HERO ataupun PENDERHAKA??

Layakkah ANWAR menjadi PERDANA MENTERI? Dr. Mahathir sudah pun mengeluarkan kenyataan “Saya akan keluar negara jika Anwar menjadi Perdana Menteri”. itu Dr M, orang yang mempunyai harta dan mampu untuk meninggalkan negara, TAPI bagi KITA, rakyat biasa ni, nak lari kemana? Ini saja tanah air dan tempat yang sesuai untuk kita. Tak ada lagi tanah dan tempat untuk orang Melayu kalau tak MALAYSIA.

Hidup Anwar tak ubah seperti Musharraf, bekas President dan Perdana Menteri Pakistan. Lihatlah apa yang terjadi kepada Musharraf? Dia didesak untuk melepaskan jawatannya sebagai President. Orang yang merampas kuasa, tak akan memerintah lama. Kita, rakyat Malaysia yang sedar dan mempunyai akal akan menentang sekeras-kerasnya penubuhan kerajaan pintu belakang, Pakatan Rakyat yang merupakan proksi Amerika dan Yahudi.

Anwar bukannya HERO! Tetapi dia adalah PETUALANG BANGSA dan PENGKHIANAT!!
Ini kah cara pembela Melayu, pemimpin rakyat, pembela Islam? Lagak baik, tapi diri sebenarnya PEROMPAK!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: