‘Pertahankan kebenaran’


Oleh Wan Hazmir Bakar


SEBAR MAKLUMAT: Abdullah melancar Web TV Bernama sambil diperhatikan Mohd Annuar (kanan) di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya, semalam.

Abdullah gesa pengamal media guna teknologi untuk keadilan

PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pengamal media menggunakan teknologi dan saluran komunikasi sebagai instrumen untuk mempertahankan prinsip keadilan dengan menyebarkan kebenaran berdasarkan fakta serta kenyataan.

Perdana Menteri berkata, pihak media tidak harus bersifat apologetik untuk menegakkan kebenaran kerana ia adalah asas untuk memastikan berlaku keadilan.

“Berpegang dan berdiri lah atas prinsip kebenaran kerana kredibiliti sesebuah institusi bergantung kepada kekuatan berpegang kepada kebenaran,” katanya berucap pada pelancaran Web TV Bernama di Pejabat Perdana Menteri di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek; Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, dan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

Saluran berita 24-jam sehari itu boleh dilayari di laman web http://www.bernama-tv.com dan disediakan secara percuma serta dapat diakses pengguna di seluruh dunia.

Abdullah berkata, pendekatan komunikasi yang berkesan juga amat penting dalam memberi kefahaman kepada rakyat berhubung pelbagai langkah yang dilaksanakan kerajaan untuk memastikan ekonomi negara terus tumbuh.

Beliau berkata, program komunikasi yang berkesan dapat meningkatkan kefahaman rakyat terhadap tanggungjawab berat kerajaan dan penghargaan rakyat terhadap kesungguhan kerajaan menjamin kesejahteraan hidup mereka dalam suasana ekonomi semasa.

Abdullah juga berharap Web TV Bernama akan menjadi pilihan rakyat di dalam dan luar negara, terutama pelajar, untuk mendapatkan berita tepat mengenai negara.

Sementara itu, Mohd Annuar, berkata idea untuk menyediakan saluran berita TV 24-jam di negara ini diilhamkan oleh Tan Sri Dr Noordin Sopiee kira-kira 10 tahun lalu.

“Ketika negara menghadapi krisis kewangan dan krisis keyakinan pada 1998, beliau mencetuskan idea kepada negara untuk mengusahakan saluran berita TV 24-jam dengan fokus memberi persepsi tepat dan imej positif negara pada peringkat antarabangsa supaya dapat mengembalikan keyakinan pelabur.

“Namun, impian itu tinggal impian kerana tiada pihak meyakininya,” katanya menyingkap signifikasi idea berkenaan dan menambah, walaupun Noordin meninggal dunia pada 29 Disember 2005 tetapi cetusan fikirannya menjadi inspirasi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: