Dua ditahan BPR boleh bertanding’


Oleh Mohd Amin Jalil
bhnews@bharian.com.my

Mesyuarat Umno bahagian seperti biasa

SEREMBAN: Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dua pemimpin Umno Bahagian Seremban yang ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR), termasuk seorang didakwa di mahkamah boleh bertanding pada pemilihan bahagian bulan depan selagi tidak disabitkan bersalah.

“Mesyuarat Umno bahagian itu boleh berjalan seperti biasa… siapa pun yang didakwa di mahkamah tidak bersalah selagi tidak disabitkan oleh mahkamah. Janganlah kita buat keputusan sendiri, biarlah undang-udang menentukan,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco negeri, di sini semalam, Mohamad yang juga Menteri Besar berkata beliau juga tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbukti terbabit dalam gejala rasuah.

Kelmarin, Naib Ketua Umno Bahagian Seremban, Mohd Nor Awang, 47, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini atas dua tuduhan merasuah seorang Ketua Umno Cawangan awal bulan lalu sebagai dorongan supaya mencalonkannya sebagai Ketua Umno Bahagian itu.

Ahad lalu, seorang ahli Jawatankuasa Umno bahagian sama yang menawarkan diri bertanding satu daripada jawatan tinggi bahagian ditahan BPR di sebuah restoran di Mantin, selepas disyaki menerima suapan RM2,000 daripada seorang kontraktor sebelum dibebaskan dengan jaminan RM3,000.

Mohamad yang menyambut baik ketegasan BPR membanteras rasuah, menasihatkan semua pihak sama ada pemimpin politik atau penjawat awam bukan saja menjauhi gejala itu, tetapi juga tidak membiarkan diri mereka terdedah kepada unsur yang boleh menyebabkan mereka diperangkap atau dianiaya pihak tertentu sebagai terbabit rasuah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: