Perayaan kemerdekaan disambut penuh meriah



BERSEJARAH: Tuanku Mizan bersama Abdullah, Najib dan anggota Kabinet melaungkan ‘Merdeka’ di Dataran Merdeka, semalam.

Rakyat pelbagai kaum banjiri Dataran Merdeka sejak pagi

KUALA LUMUR: Perayaan Hari Kebangsaan ke-51 di seluruh negara semalam tetap meriah walaupun disambut sederhana dengan rakyat pelbagai kaum bersama-sama meraikannya, sekali gus membuktikan perpaduan erat rakyat Malaysia.

Sambutan diadakan sejak malam kelmarin dengan acara menaikkan bendera pada malam ambang merdeka, diikuti perbarisan dan perarakan semalam dengan acara kemuncak peringkat nasional berlangsung di Dataran Merdeka.

Ia diketuai Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang turut disertai Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Turut sama Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri, Datin Seri Jeanne Abdullah yang tiba dengan memandu kereta elektrik inisiatif Malaysia, Proton Pesona bewarna putih.

Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor pula tiba dengan memandu Proton Savvy berwarna merah.

Persembahan padang serta perbarisan dan perarakan raksasa penuh bersemangat disertai 16,433 peserta daripada masyarakat pelbagai kaum dan agama selaras tema sambutan Perpaduan Teras Kejayaan.

Tuanku Mizan juga kemudian memeriksa Kawalan Kehormat Utama terdiri daripada empat pegawai dan 103 anggota Satu Rejimen Askar Melayu Diraja, diikuti acara menaikkan Jalur Gemilang serentak dengan nyanyian lagu Negaraku.

Persembahan turut membabitkan koir institusi perguruan, pembacaan ikrar Rukun Negara, laungan sebanyak tujuh kali. Persembahan padang membabitkan 2,880 pelajar sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Negara ke-51, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata sambutan berlangsung meriah meskipun peruntukan kewangan lebih kecil berbanding tahun sebelumnya.

“Sambutan kali ini amat meriah walaupun kereta berhias hanya empat tetapi perbarisan kira-kira 40 kontinjen tetap gah dan bersemangat.

“Kita banyakkan kontinjen pasukan pertahanan dan keselamatan serta penyertaan kanak-kanak prasekolah,” katanya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: