Jadi sejarah sepanjang hayat – Arif Shah



BUKIT MERTAJAM 27 Ogos – Datuk Arif Shah Omar Shah (gambar) menyifatkan pengalamannya mengharungi cabaran menjadi calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh sebagai satu sejarah yang akan dikenangnya sehingga ke akhir hayat.

Sambil berjanji untuk terus memberi perkhidmatan kepada penduduk di kawasan itu walaupun kalah dalam pilihan raya tersebut, Arif Shah berkata, peluang yang diberikan parti itu amat besar tanggungjawabnya kerana lawannya adalah ‘orang besar’ yang mempunyai pengaruh yang kuat.

”Walaupun kalah semalam, saya masih mampu tersenyum dan tidur lena. Ini kerana dalam politik semuanya boleh berlaku dan saya memang sudah bersedia dengan kedua-dua kemungkinan, sama ada kalah atau menang.

”Yang pasti dengan kudrat yang ada, saya telah melakukan yang terbaik untuk memastikan semua penduduk Permatang Pauh mendapat maklumat yang betul tentang apa yang berlaku,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Tenggiri di sini hari ini.

Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dengan majoriti 15,671 undi.

Arif Shah memberitahu, beliau juga amat terharu dengan sokongan pengundi kepadanya, malah ada di antara mereka begitu sedih dan seakan-akan tidak dapat menerima kekalahan BN pada pilihan raya itu.

”Dalam pilihan raya ini, keadaan menjadi terbalik. Saya pula yang perlu menenangkan mereka (penyokong) supaya terima kenyataan, sepatutnya mereka yang kena menenangkan saya.

”Sejak petang kelmarin, sebaik keputusan secara tidak rasmi mula diterima, ramai penyokong datang dan menangis dan keadaan ini berlarutan sehingga kini,” katanya.

Arif Shah memberitahu, fikirannya kini lega tanpa perlu lagi memikirkan aktiviti dan program yang perlu dilalui seperti 10 hari kempen yang lalu.

Menurutnya, selepas ini beliau akan meneruskan rutin hariannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya dengan memberi khidmat kepada masyarakat di kawasannya.

”Saya akan terus bekerja untuk rakyat dan membantu menyelesaikan masalah mereka tanpa mengira sempadan agama, bangsa dan fahaman politik,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: