Angkat sumpah hari ini


Oleh Anwar Hussin, Zainab Mohd Yatim, Nazura Ngah dan Mohd Farid Noh
bhnews@bharian.com.my

Penasihat PKR dijangka dilantik Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen hari ini, kata Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin mengumumkan perkara itu sebelum memulakan sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, semalam.

“Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh sudah pun keluar dan keputusannya berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi beliau akan mengangkat sumpah esok (hari ini),” katanya.

Beliau berkata, segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan dimaklumkan kepada dewan kemudian.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita, Pandikar Amin berkata, beliau menerima surat pengesahan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kemenangan Anwar di Permatang Pauh, pagi semalam.

Penasihat PKR itu dijangka akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat sebaik saja beliau mengangkat sumpah, menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai lalu.

Profil

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

  • TARIKH LAHIR: 10 Ogos, 1947
  • LAHIR: Cherok To’ Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
  • ALAMAT: No 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • NAMA ISTERI: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
  • ANAK (6):
    • Nurul Izzah
    • Nurul Nuha
    • Mohd Ihsan
    • Nurul Ilham
    • Nurul Iman
    • Nurul Hana
  • JAWATAN: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
  • PENDIDIKAN:
    • Sekolah Kebangsaan Cherok To’ Kun Bukit Mertajam,
    • Stowell High School, Bukit Mertajam
    • Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1960-1966
    • Universiti Malaya (1967-1971)
  • KERJAYA:
    • 1970 : Pengasas dan Pengarah Yayasan Anda Akademik
    • 1971 : Pengasas dan Presiden ABIM
    • 1974-1982 : Presiden ABIM.
    • 1982 : Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
    • 1982 : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
    • 1983-1984 : Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
    • 15 Julai 1984-1986 : Menteri Pertanian
    • 1986-1991 : Menteri Pelajaran
    • 15 Mac 1991-3 September 1998 : Menteri Kewangan
    • 1 Oktober 1993-September 1998 : Timbalan Perdana Menteri
    • 9 Mei 1997 – Pemangku Perdana Menteri/Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) bercuti dua bulan)
    • 3 September 1998 – Datuk Seri Anwar dipecat daripada kerajaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: