Arif Shah ikrar terus khidmat kepada rakyat



TERUS USAHA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan Arif Shah sebelum mengadakan sidang media di Bukit Mertajam, malam tadi. Turut hadir, Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Amanah diberi pastikan warga Permatang Pauh dibela

BUTTERWORTH: Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah berikrar akan terus berkhidmat untuk kesejahteraan rakyat berbilang kaum, walaupun kalah pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, dekat sini, semalam.

Arif Shah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya berkata, amanah yang diberikan rakyat apabila berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum, Mac lalu akan menjadi landasan untuk memastikan rakyat di ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Permatang Pauh dibela.

“Saya menghormati keputusan pengundi dan walaupun kalah, sekurang-kurangnya warga Permatang Pauh masih memberi sokongan kepada BN.

“Bagaimanapun, sekurang-kurangnya analisis dan muhasabah perlu dilakukan untuk mengetahui punca sebenar,” katanya pada sidang media di Bandar Perda di sini, malam tadi.

Mengenai punca kekalahan itu, Arif Shah yang kurang sihat berkata, selain meneliti peratusan pengundi yang hanya 65 peratus, faktor cara berkempen dilakukan pembangkang juga menjadi penyumbang kepada keputusan itu.

“Faktor cuaca dan adanya ancaman disebarkan hingga menakutkan pengundi keluar mengundi juga menjejaskan peluang BN untuk menang,” katanya, selain mendakwa propaganda dan dak-yah disebarkan pembangkang menyumbang kepada kekalahan BN.

Bagaimanapun, beliau menolak tanggapan mengenai berlakunya sabotaj di kalangan ahli Umno sepanjang kempen pilihan raya kecil itu, sebaliknya berpendapat semua ahli Umno setia dan beliau sendiri tidak bermusuh dengan sesiapa.

http://www.bharian.com.my

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: