Anwar menang



RAI KEMENANGAN: Anwar diiringi penyokong PKR dan pemimpin parti pembangkang masuk ke pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, di Bukit Mertajam, malam tadi. – Foto Rosli Ahmad

PKR kekal di Permatang Pauh

BUKIT MERTAJAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, kembali mewakili Parlimen Permatang Pauh selepas memenangi pilihan raya kecil kawasan itu, semalam.

Anwar memperoleh 31,195 undi, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah yang mendapat 15,524 undi. Seorang lagi calon dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim), Hanafi Mamat, pula hilang wang deposit selepas memperoleh hanya 92 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya di pusat penjumlahan undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun, di sini pada jam 10.05 malam tadi.

Seramai 47,356 atau 81.01 peratus daripada 58,459 pemilih mengundi pada pilihan raya kecil itu yang diadakan selepas kerusi berkenaan dikosongkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding semula di Permatang Pauh.

Anwar menyandang kerusi itu sejak 1982, tetapi tidak bertanding pada pilihan raya umum 1999 berikutan kes liwat dan rasuah yang dihadapin

Kerusi itu bagaimanapun dimenangi Wan Azizah pada 1999 dan mengekalkannya pada pilihan raya umum 2004 dan Mac lalu sebelum melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan pada 31 Julai lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Wan Azizah menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,888. Wan Azizah memperoleh 30,338 undi, manakala Pirdaus mendapat 16,950 undi. Peratusan mengundi bagi kawasan Parlimen itu pada pilihan raya umum lalu adalah 81.87 peratus.

Keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR): 31,195 undi Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi Hanafi Mamat (Akim): 92 undi Majoriti undi: 15,671 Jumlah pengundi: 58,459 Peratus mengundi: 81.01 Undi rosak: 447 Undi tidak dikembalikan: 98

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: