Tiga suspek pukul jurugambar dicari



DICARI: Shaharon Anuar (kiri) dan pegawainya menunjukkan gambar tiga lelaki yang dicari bagi membantu siasatan kes memukul jurugambar pada 16 Ogos lalu diedar kepada media, semalam.

BUKIT MERTAJAM: Tiga lagi gambar lelaki yang disyaki terbabit dalam kejadian memukul jurugambar Kumpulan The New Straits Times (M) Berhad (NST), Mohd Sairien Nafis pada hari penamaan calon 16 Ogos lalu, diedar kepada media.

Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Superintendan Shaharon Anuar Abdul Latif, berkata mereka yang berusia antara 20 dan 30 tahun diminta tampil bagi membantu siasatan polis.

Dalam kejadian pada hari penamaan calon itu, Mohd Sairien, 26, cedera pada pinggang, manakala kameranya bernilai RM15,000 dirampas berdekatan pusat penamaan calon di Dewan Institut Perguruan Tunku Bainun.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada masa ini, Mohd Sairien sedang menerima rawatan di Hospital Pakar Bukit Mertajam sejak kelmarin selepas mengadu sakit pinggang dan diarah untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

Shaharon Anuar berkata, mereka yang ada maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Naim Asnawi melalui talian 019-5728844.

Polis sebelum ini mengedar sembilan gambar mereka yang terbabit dalam kejadian itu dengan empat daripadanya termasuk seorang Timbalan Ketua Bahagian Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu ditahan atau menyerah diri.

Semua lelaki terbabit dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu Timbalan Pendakwa Raya membuat keputusan sama ada mahu mendakwa mereka atau sebaliknya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: