Pengundi tak perlu takut: TPM


aporan Ahmad Zaini Kamaruzzaman, Fazli Abdullah, Norfatimah Ahmad, Mohd Anwar Patho Rohman, Johari Ibrahim, Fazallah Pit dan Norakmah Mat Youb l Gambar oleh Kamarudin Ahmad, Abd Rahim Rahmat, Shahrizal Md Noor, Rosli Ahmad, Rosdan Wahid, Fariz Iswadi, Effendy Rashid dan Ibrahim Airudin


MESRA: Najib bersalaman dengan orang kurang upaya serta ibu tunggal dan guru pada Program Dalam Komuniti Seberang Jaya dan Kampung Pertama di Seberang Jaya, semalam.

Pembangkang cuba halang BUTTERWORTH: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pengundi Permatang Pauh tidak gentar atau takut untuk keluar mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu hari ini.

Timbalan Perdana Menteri sebaliknya berpesan kepada pengundi supaya tetap keluar mengundi walaupun mungkin dihalang oleh pembangkang.

“Pesanan saya jangan gentar atau takut untuk keluar mengundi walaupun pembangkang akan buat apa-apa untuk halang atau menyusahkan atau takutkan mereka daripada mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama Persatuan Ibu Tunggal, ibu bapa dan guru Program Dalam Komuniti Seberang Jaya dan Kampung Pertama di Seberang Jaya, semalam.

Najib juga melahirkan keyakinannya yang BN mampu mencapai kemenangan luar biasa dalam pilihan raya kecil itu berdasarkan kerja keras yang ditunjukkan semua peringkat jentera pilihan raya parti serta peningkatan sokongan pengundi kepada BN.

“Saya rasa yakin, saya rasa semua kerja sudah dibuat dan ditunjukkan, manakala sokongan rakyat menyokong BN juga meningkat. Aliran semasa juga menunjukkan pengundi semakin menyebelahi kita (BN),” katanya.

Beliau berkata, BN masih mempunyai peluang kerana pengundi tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang kerana pembangkang melakukan pelbagai kekerasan

Mengulas isu sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana diliwat Anwar, Najib berkata, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh sudah mengeluarkan kenyataan bahawa sumpah Mohd Saiful sah di sisi Islam dan mampu memberi kesan kepada pengundi.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: