Mendoakan Kemusnahan Jadi Bahan Kempen



(Gambar: Wan Azizah terpaksa melepaskan parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya bertanding. Di wajah Wan Azizah tersembunyi seribu satu persoalan. Apakah pengorbanan ini demi anak-anaknya, terutamanya Ehsan?). Pada malam 25 Ogos, satu majlis solat munajat meminta kemenangan Anwar Ibrahim diadakan di Masjid Bandar Baru. Dalam majlis tersebut doa dibacakan untuk meminta ‘dimusnahkan’ Timbalan Perdana Menteri, Ketua Polis Negara, Peguam Negara dan pengadu kes liwat, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Doa yang dibacakan selepas solat Maghrib itu antara lain berbunyi: ‘‘Ya Allah… musnahkan Mohd. Saiful… (Tan Sri) Musa Hassan… (Tan Sri) Gani Patail… (Datuk Seri) Najib…” Inikah cara yang dianjurkan oleh Islam? Tiada sesiapa pemimpin atau ahli PKR yang tegur dan melarang? Jika ditanyakan perkara ini kepada mereka, pastinya mereka akan mencari alasan lain untuk menghalalkan perbuatan sebegini. Mungkin Nik Aziz Nik Mat tidak bersetuju dengan majlis tersebut. Oleh itu beliau hanya datang selepas selesai sahaja solat Isya’k diadakan. PAS hanya digunakan semasa pilihan raya sahaja. Lepas habis semuanya, PAS akan melepas lagi.
(Gambar: Di antara ketiga tiga calon ini. Salah seorang bakal bergelar ahli parlimen yang baru untuk Permatang Pauh. Menjanjikan sesuatu menang cukup manis, namun menunaikan sesuatu memerlukan pengorbanan yang lebih besar lagi). Yang menyedihkan pada tengahari tadi, seorang warga emas ditolak hingga tersembam ke tanah oleh salah seorang penyokong PKR. Apakah dosa makcik tersebut hinggakan diperlakukan sedemikian rupa? Dia hanya mahu menunaikan haknya sebagai pengundi tetapi mengapa dihalang dan ditolak. Inikah demokrasi yang dilaung-laungkan oleh rata rata ahli PKR?

Jika menang atau kalah calon PKR di Permatang Pauh, satu sejarah akan tercatat di Permatang Pauh. Sejarah tersebut ialah kempen habis habisan oleh PKR dari segi bahan psywar. Dari risalah, sign board besi, banner, sticker kereta, topeng muka Anwar Ibrahim, jemputan wartawan luar, mercedez kepunyaan ayah Anwar, belon udara, kumpulan bermotor, kumpulan puteri Sri Mawar termasuklah kehadiran Gus Dur dan Estrada dalam kempen pilihan raya di Malaysia. Bayangkan berapakah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk pilihan raya kecil ini? Sedangkan Anwar sendiri mengakui bahawa dia sendiri tidak mampu memberikan air kosong kepada mereka yang datang ke ceramahnya ketika berkempen. Begitu banyak sekali perbelanjaan yang dikeluarkan, dari mana sumbernya?
AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: