“Merdekakan” Ketuanan Melayu?


Merdekakan Rakyat, inilah slogan yang ditulis dalam banner dan papan tanda PKR di seluruh Permatang Pauh. Merdeka atau dijajah kembali? Kit Siang menyatakan “sudah sampai masanya kita menegakkan Ketuanan orang Malaysia dan Kedaulatan Malaysia” di Parlimen pada 25 Mei 2008. Anwar pernah menyatakan idea Ketuanan Rakyat ketika perhimpunan Black 14 pada 14 April 2008, Kelab Sultan Sulaiman, Selangor.

Anwar juga pernah menyatakan bahawa “Malaysia ini bukan Melayu punya, Malaysia ini Cina Punya, India Punya” ketika sambutan Hari Krismas pada 27 Disember 2008 di sebuah Dewan Cina di Klang. Apakah kenyataan Kit Siang dalam parlimen ini adalah berpunca daripada idea Anwar ?
Utusan Malaysia, mukasurat 8, Selasa, 27 Mei 2008.

Kit Siang berkata ini masanya untuk menegakkan Ketuanan Orang Malaysia bukan lagi Ketuanan Melayu. Bukankah idea Malaysian Malaysia ini sama dengan cara People’s Action Party (PAP) di Singapore? Jika begitu, apakah DAP ini klon PAP di Singapore? Yang menjadi ketua pembangkangnya ialah Wan Azizah Wan Ismail (seorang Islam dan berbangsa Melayu). Mengapa Kit Siang pula yang melebih-lebih?

Jadi mengapa dibiarkan Kit Siang dan Tan Seng Giaw bertindak merendahkan martabat orang Melayu dalam parlimen. Anwar adalah Ketua Pakatan Rakyat mengapa takut tegur mereka? Takut hilang sokongan dan hilang undi jika menegur Kit Siang? Inikah contoh pemimpin harapan baru bagi orang Melayu? “Objektif utama kami ialah untuk menawan dan mengadakan kongres kami di PWTC,” kata Pengerusi DAP Karpal Singh ketika berucap merasmikan Kongres Kebangsaan DAP ke-15 pada 22 Ogos 2008. Apakah DAP hanya bercita cita untuk menawan PWTC sahaja, Penang dan Malaysia tidak mahu ditawan jugakah?

AZRNIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: