Fitnah Anwar terhadap Najib dijawab bersaksikan Allah


Fitnah Anwar terhadap Najib dijawab bersaksikan Allah

Jumaat malam menyaksikan sekali lagi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menjelaskan isu mengenai fitnah yang dilemparkan ke atas dirinya yang dikaitkan dengan wanita Mongolia Altantuya Shariibu dengan bersaksikan Allah. Melafazkan “Wallahi Wabillahi Watallhi” , Najib menegaskaan beliau tidak mengenali Altantuya atau pun mempunyai hubungan atau terlibat dengan wanita tersebut. “Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Bahawasanya saya tidak terlibat dan mengenali wanita Mongolia yang dikaitkan dengan diri saya. Biarlah Allah menjadi saksi di dalam Masjid Guar Perahu yang mulia ini. Saya tidak mahu kata ini sumpah rasmi atau tidak, tapi ini urusan saya dengan Allah. Apa pun tohmahan, saya percaya saya berdiri di atas prinsip yang benar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada satu majlis penyampaian bantuan kepada Masjid dan Surau di Majis Guar Perahu, Permatang Pauh.

Pilihan raya kecil Permatang Pauh bukanlah pertama kali fitnah yang menuduh Najib terlibat dengan kes Altantuya disebut. Sebaliknya calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pilihan raya kecil DUN Ijok di Selangor telah menjadikan fitnah itu sebagai bahan kempennya.

Najib pula bukanlah ini kali pertama melafazkan kesaksian kepada Allah menafikan kenal atau terlibat dengan kes Altantuya. Sebaliknya semasa di Ijok telah tegaskan perkara itu dan disusuli dalam satu perjumpaan tertutup dengan pimpinan UMNO Bahagian seluruh negara di PWTC.

Namun, seperti sudah menjadi satu pegangan kepada pembangkang, apabila pihak lain membuat sumpah ia tidak layak dipercayai dan fitnah terus dilemparkan.

Sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ini, Anwar sering mengaitkan Najib dengan wanita Mongolia tersebut malah beliau secara sinis mencerca Najib sebagai individu yang terlibat dalam pembunuhan bekas model tersebut.

Sebelum ini ekoran pendedahan isu yang berkaitan dengan Anwar, isterinya yang juga bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizah kesal kerana serangan ke atas Anwar mengguris hatinya dan keluarga beliau.

Namun, dalam fitnah ke atas Najib, apakah Wan Azizah tidak menasihati Anwar agar menjaga perasaan isteri dan keluarga Najib.

Anwar sehingga kini tidak pernah bersaksikan Allah dalam semua tuduhan yang dihadapinya termasuk kes liwat yang membabitkan Saiful Azlan Bukhari.

Sementara itu, Konsul Kehormat Mongolia di Malaysia, Datuk Syed Abdul Rahman Al-Habshi menyatakan, beliau sebagai orang mengentahui semua maklumat dairpada keluarga Altantuya menafikan sebarang pembabitan Najib dalam kes berkenaan.

“Saya adalah orang pertama pergi ke Mongolia dan telah membuka semua peti besi yang mengandungi dokumen Altantuya. “Tiada satu dokumen pun, mahupun gambar, mahupun video yang babitkan Datuk Seri Najib,” katanya. – 22/8/2008

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: