Sumpah laknat bermula: Anwar saman Hamzah pula!


Friday, 22 August 2008

ImageDATIN Seri Wan Azizah Ismail, isteri kepada calon PKR di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh menangis lagi raih simpati orang  ramai terhadap suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa pernah mengacau dan ingin mengambil kesempatan terhadap isteri Timbalan Menteri Perumahan Kerajaan dan Tempatan, Datuk Hamzah Zainuddin.

Berikutan itu, Anwar akan menyaman Hamzah RM10 juta kerana dikatakan cuba membuat fitnah terhadap dirinya.  Sementara itu, Hamzah mendakwa beliau merakam gara-gara itu dan pernah disiarkan dalam U-Tube.

Walaupun kisah ini hanya dilaporkan dalam akhbar bahasa Cina, tetapi sudah heboh diperkatakan.  Yang tak tahu berbahasa Cina pun usung akhbar itu minta kawan-kawan Cina tolong bacakan.

Sepertimana Hamzah menduga saman Anwar itu tidak akan ke mana kerana Anwar tentunya takut ia akan lebih terdedah kepada ramai, begitulah juga orang ramai berfikir kerana Anwar memang sudah jadi kerjanya sekarang menafikan apa saja terkena pada dirinya.  Yang dia mampu hanya mengatakan akan saman dengan amaun tinggi.

Semasa mempertahankan suaminya, Azizah yang mungkin tidak tahu banyak tentang perangai suaminya hanya boleh menangis dan mohon simpati apa yang suaminya hadapi sekarang ini.

Memang sesuai pun pada ketika ini, segala buruk Anwar akan timbul.  Sepertimana juga Ezam Mohd Nor yang mendedahkan apa yang berlaku semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana menteri dulu.  Dia dikatakan memberi kontrak RM15 bilion kepada kawannya tanpa perlu melalui tender.

Ezam tahu apa yang berlaku dan sekarang beliau sudah hilang kepercayaan langsung yang Anwar boleh memimpin menjadi aset kepada BN mengenalkan siapa sebenarnya Anwar kepada pengundi Permatang Pauh supaya fikir-fikir 10 kali untuk memangkah Anwar.

Tidak pula Anwar mahu saman Ezam!  Patutnya kalau tidak benar, samanlah lagi RM10 juta.  Apabila ahli parlimen Sabah sudah datang menafikan mereka akan menyertai Anwar apabila Anwar jadi ketua pembangkang nanti untuk melucut hak BN memerintah, patutnya Anwar boleh saman mereka kalau mereka pernah mengaku akan lompat parti, samanlah juga.

Mudah-mudahan selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh, Anwar dapat kumpul lebih RM100 juta hasil saman. Kalau boleh, Anwar nak saman semua orang yang tak percaya dia meliwat Saiful agaknya.

Harap-harap Hamzah dapat buat pendedahan lebih meluas tentang kelakuan Anwar itu supaya orang ramai mengetahui benar-benar perangai Anwar yang bukan sahaja bertabiat buruk dengan lelaki, tetapi juga dengan isteri orang.

Kalau boleh jika benar ada rakaman itu, Hamzah patut berusaha menyalinnya ke VCD untuk wanita-wanita penyokong Wan Azizah dapat tonton apa yang berlaku.  Jangan lupa pula satu salinan kepada Wan Azizah sendiri supaya dia juga tahu perangai suaminya yang dikorbankan itu untuk menjadi pemimpin besar negara.

Seperkara penting di sini, masyarakat kita boleh membuat penilaian betapa masyarakat Cina juga dipengaruhi supaya tidak mempercayai Anwar yang hidupnya penuh dengan beraneka skandal.  Nampaknya makin payahlah Anwar untuk menembusi bermacam gejala yang menimpa dirinya sekarang ini.

Tidak juga salah kalau sudah orang mengatakan ini macam-macam bala sudah mula diturunkan kepada Anwar akibat daripada sumpah Saiful yang ditujukan khusus kepada Anwar.  Malahan boleh dikatakan semua orang Islam terutamanya menunggu timpaan laknat yang pasti akan diturunkan kepada sesiapa yang bersalah dalam kes liwat ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: