‘Cakap tak serupa bikin’



TURUN PADANG: Khairy turut berkempen untuk calon BN di Seberang Jaya, malam tadi.

Anwar tidak layak memimpin

BUKIT MERTAJAM: Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin kerana ‘bercakap tidak serupa bikin’ dan tidak konsisten dalam banyak isu diperkatakannya.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata pendirian Anwar berubah mengikut kepentingan politik, bukan ikhlas memperjuangkan nasib rakyat.

Contohnya, ketika menjadi Menteri Pelajaran pada 1988, Anwar memberi jaminan Universiti Teknologi Mara (UiTM) (ketika itu Institut Teknologi Mara), tidak dibuka kepada bukan Bumiputera, tetapi kini menyokong cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera. .

Bagi membuktikan hujahnya, Hishammuddin menunjukkan keratan akhbar bertarikh 29 April 1989 yang melaporkan tajuk ‘Anwar: ITM Policy Stays’ (Anwar: Dasar ITM Kekal).

“Macam mana rakyat boleh percaya pemimpin macam ini, cakap tidak serupa bikin,” katanya selepas majlis ramah mesra dengan warga Institut Perguruan Tuanku Bainun, Mengkuang di sini, semalam.

Hishammuddin menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh Anwar serta pemimpin Pakatan Rakyat pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, termasuk membuka UiTM kepada bukan Bumiputera sebenarnya menjerat mereka kerana mendedahkan tembelang bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, pula berkata siasatan dakwaan rasuah dua Exco Perak dari PKR menggambarkan parti itu bersikap bercakap tidak serupa bikin kerana selama ini PKR dan pembangkang sering menuduh pimpinan Barisan Nasional (BN) dan Umno sebagai perasuah dan mereka bersih.

“Hari ini (kelmarin) BPR tangkap Exco PKR Perak kerana rasuah. Ezam (Mohd Noor – bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan) juga pernah mendedahkan ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan dia meluluskan berbilion-bilion ringgit untuk kroninya,” katanya pada majlis perjumpaan bersama ahli Putera Umno malam kelmarin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: