Gus Dur, Anwar & Estrada : di mana moral mereka?



malaysiahariini

Wednesday, 20 August 2008

ImageGUS DUR, tukang kempen terbaru yang rabun ataupun mungkin buta matanya dibawa oleh Anwar Ibrahim untuk Pilihan raya Kecil Permatang Pauh mempunyai latar belakang politik yang sama dengan bekas banduan Penjara Sungai Buluh ini. Jika Gus Dur terpenggal jawatan Presiden Indonesia, kerana skandal penyalahgunaan kuasa, Anwar juga di penjara enam tahun kerana salah guna kuasa dan Gus Dur juga terlibat dalam skandal rasuah serta seks malah Gus Dur juga terlibat secara langsung dalam majlis yang melibatkan pondan-pondan ataupun mak nyah di Indonesia., Anwar juga turut terlibat dalam skandal-skandal tersebut cuma kita masih belum terdengar penglibatan Anwar dengan pondan-pondan dalam negara ini.

Mengundang Gus Dur secara tidak langsung menelanjangi lagi siapa Anwar yang sebenarnya. Berkawan baik sehingga mengundang bekas Presiden Indonesia ini sekali gus membuktikan bahawa Anwar mempunyai rakan-rakan pemimpin yang terlalu rendah moralnya dan Anwar turut menyanjung bekas Presiden Filipina, Joseph Estrada yang sebelum ini dipenjarakan oleh Mahkamah Filipina kerana menggelapkan wang Negara.

Anwar bagaikan kehilangan punca. Untuk menang besar dalam PRK Permatang Pauh, Anwar ingin dan melakukan apa sahaja dan tanpa beliau sedar, selama ini berselindung di sebalik imej Islam dan Melayunya, Anwar telah membuka pekung sendiri dan kedatangan Gus Dur sehingga Anwar menganjur sidang akhbar dan sokongan terhadap beliau daripada Estrada membuktikan bahawa moral Anwar ataupun perangai Anwar sama sahaja dengan Gus Dur, sama-sama mempunyai skandal busuk dan menjijikkan.

Tidak cukup dikatakan bersekongkol dengan Amerika dan Yahudi, tembelang Anwar semakin hari semakin terserlah malah Anwar semakin galak melakukan pembohongan demi pembohongan. Anwar begitu konsisten mahu menang besar dan ketika berita ini ditulis, Anwar seperti mahu menjual bangsa dan agamanya. Kesediaan beliau untuk memperuntukkan 20 % kepada bukan bumiputera untuk memasuki Universiti tempatan jelas membuktikan Anwar begitu tersepit mahu mendapat undi cina dan India dan secara tidak langsung rasa cinta Anwar kepada bangsanya semakin terhakis.

Anwar sedar peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan tentang hak-hak Bumiputera dan atas sifatnya sebagai seorang Melayu, tindakan-tindakan Anwar semasa berkempen lebih kepada menipu kaum Cina dan India dan kerana beliau merasakan orang-orang Cina dan India mudah ditipu, beliau bersahaja membuat tawaran yang boleh menggelapkan mata kaum-kaum ini bagi meraih undi.

Bermula dengan tamparan hebat yang diberikan oleh Saiful apabila anak muda ini bersumpah bahawa Anwar memasukkan zakar ke dalam duburnya, nasib malang Anwar bertimpa satu persatu dan kerana kurang cermat beliau menyembunyikan sifatnya, sokongan daripada Gus Dur dan Estrada semakin membuktikan bahawa Anwar disokong oleh manusia ataupun pemimpin yang buruk akhlaknya.

Meskipun ada pihak yang memperkecilkan sumpah Saiful itu tetapi sebagai seorang Islam yang bukan daripada jenis Haji Hadi, Nik Aziz, Harun Din dan juga Persatuan Ulama Pulau Pinang, kita harus yakin bahawa sumpah itu benar dan sah di sisi Islam.

Kenyataan ataupun pandangan orang yang mengaku ulamak daripada pembangkang ini harus dilihat sebagai kenyataan orang-orang politik, orang yang ada kepentingan, orang yang menjual agama untuk “survival” politik parti masing-masing dan mereka ini sanggup membutakan mata dan memekakkan telinga daripada menelan kebenaran.

Keengganan Anwar bersumpah seperti yang dilakukan oleh Saiful seakan membuktikan Anwar takut untuk menghadapi kenyataan. Anwar takut dilaknat Allah dan sekiranya perbandingan dibuat antara Anwar dengan Saiful, seakan jelas memberikan petanda bahawa Anwar sebenarnya melakukan kerja terkutuk itu kecuali Anwar turut bersumpah.

Dalam menghadapi PRK Permatang Pauh, Anwar akan memanipulasi dan berbohong apa sahaja. Kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri dibuktikan sepanjang tempoh kempen sehingga ke hari ini dan untuk meyakinkan supaya pengundi memilih beliau, macam-macam teori dan janji dilemparkan dan dalam masa yang sama beliau yang ternyata petah dan licik berpidato mahu rakyat dan pengundi Permatang Pauh lupa segala tentang moral beliau hari ini.

Beliau mahu pengundi lupa bahawa dia sedang dibicarakan dengan isu liwat. Beliau mahu rakyat tolak BN kerana kononnya parti ini melakukan konspirasi terhadap beliau. Beliau mahu rakyat terpedaya dengan tipu helahnya dan paling penting beliau tidak mahu sehingga ke saat membuang undi, pengundi tahu bahawa beliau sebenar berbohong dan tidak mampu melakukan apa-apa walaupun menang kecil atau beasr dalam pilihan raya ini nanti.

Terpulang kepada pengundi Permatang Pauh untuk menjadi apa. Kalau mereka memilih untuk menjadi pencacai, maka pencacailah mereka kepada Anwar dan kalau mereka memilih untuk menjadi rakyat yang berguna kepada agama, bangsa dan Negara, maka inilah saatnya untuk menunjukkan jalan keluar daripada gelanggang politik kepada Anwar Bin Ibrahim.


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: