Polis henti ceramah serta-merta


Tindakan tegas ke atas parti anjur perhimpunan tanpa permit

BUKIT MERTAJAM: Polis akan bertindak tegas dan menghentikan serta-merta ceramah mana-mana parti politik yang diadakan tanpa permit sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.

Amaran itu dibuat Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob (gambar), berikutan tindakan parti pembangkang yang mengambil kesempatan terhadap sikap tolak ansur polis sebelum ini.

Ayub berkata, sejak penamaan calon Sabtu lalu, polis mengesan enam ceramah politik anjuran Pakatan Rakyat diadakan tanpa permit di sekitar Permatang Pauh dan semua kes itu sedang disiasat.

Katanya, polis akan menggunakan Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967 dan Seksyen 141 Kanun Keseksaan terhadap mana-mana pihak yang mengadakan ceramah tanpa permit.

Mengikut Seksyen 27 (5), perhimpunan tiga orang atau lebih menyalahi peraturan dan boleh dihukum penjara maksimum setahun dan denda sehingga RM10,000, manakala Seksyen 141 membabitkan perhimpunan lima orang atau lebih dan boleh ditangkap tanpa sebarang waran.

“Sudah sampai masa kita bertindak tegas supaya perjalanan kempen lancar. Kita tidak boleh membiarkan sesiapa melanggar undang-undang,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ayub berkata, setakat ini hanya Barisan Nasional (BN) memohon permit, manakala parti lain tidak membuat permohonan walaupun didapati mengadakan beberapa ceramah politik.

“Saya tidak tahu kenapa ada parti tidak memohon permit. Bukan kita tolak, tetapi mereka yang tidak mohon. Kuasa meluluskannya ialah Ketua Polis Daerah,” katanya.

Beliau berkata, polis juga menubuhkan urus setia untuk memudahkan permohonan permit di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dan borangnya boleh didapati di semua balai polis.

Ayub turut memberi amaran polis akan menahan ahli dan penyokong mana-mana parti politik yang melakukan kekasaran, menggunakan kata kesat dan isyarat lucah.

Setakat ini, polis menerima 15 laporan berkaitan pilihan raya kecil Permatang Pauh termasuk enam berkaitan ceramah tanpa permit dan bakinya membabitkan jenayah kekerasan.

Mengenai kewujudan pasukan keselamatan parti politik, beliau berkata, mereka tidak boleh mengambil alih fungsi polis kerana dikhuatiri akan mencetuskan masalah.

“Kita juga akan membuat pemeriksaan terhadap kumpulan mat rempit yang mungkin menimbulkan masalah,” katanya merujuk dakwaan Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bahawa pembangkang menggunakan mat rempit dalam kempen pilihan raya kecil itu.

Ketika ini, kira-kira 3,000 anggota polis ditempatkan ke kawasan Parlimen Permatang Pauh untuk menguatkuasakan undang-undang dan menjamin ketenteraman awam sepanjang kempen pilihan raya kecil itu.


Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: