Berita gembira untuk rakyat


NAJIB Tun Razak mengunjungi pasangan warga emas, Desa Arit, 88, dan isterinya, Fatimah Bakar, 81, semasa berkempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Kampung Sama Gagah, Permatang Pauh, Pulau Pinang, semalam.
HASH(0x26e845c)


BUKIT MERTAJAM 18 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan akan ada khabar gembira untuk rakyat berikutan trend penurunan harga minyak di pasaran dunia.

Timbalan Perdana Menteri berkata, selain itu belanjawan negara yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 29 Ogos ini juga akan memberi keutamaan untuk membantu rakyat.

”Dalam beberapa hari, harga minyak di pasaran dunia dah turun, jadi tunggulah kot-kot ada berita baik.

”Begitu juga belanjawan, tunggulah, ada lagi yang akan dibantu oleh kerajaan supaya rakyat selesa di bawah Barisan Nasional (BN),” katanya.

Beliau mengumumkan demikian ketika berucap di Bilik Gerakan BN di Sama Gagah, di sini hari ini.

Sementara itu, pada sidang akhbarnya, Najib berkata, bidang pendidikan di negara ini telah melalui banyak perubahan dan menjadi lebih liberal berbanding sebelum ini.

Tegasnya, ia bukan sahaja menguntungkan orang Melayu malah kaum lain juga mendapat manfaat hasil keterbukaan itu yang telah berlaku dalam tempoh beberapa tahun ini.

”Ia adalah hasil perjuangan UMNO dan BN, jadi menidakkan perjuangan parti ini seolah-olah kita tak buka peluang kepada bukan bumiputera,” katanya.

Mengenai tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong cadangan pembukaan 10 peratus kuota Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan bumiputera, Najib berkata:

”Ia adalah tindakan untuk mengambil hati orang bukan Melayu.

”Ini kerana sebahagian besar orang Melayu dan Islam sokong UMNO serta sebahagiannya sokong Pas, jadi untuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dapat sokongan daripada orang Cina dan India, sebab itu dilontarkan cadangan buka UiTM 10 peratus,”.

Dalam hal ini, Najib berkata, orang ramai perlu melihat pendidikan negara dalam konteks yang lebih luas kerana selama ini kerajaan telah membuka peluang kepada semua pihak termasuk bukan bumiputera.

Malah, Najib memberitahu semasa menjadi Menteri Pelajaran pada 1996, beliau telah meluluskan rang undang-undang membenarkan kolej dan universiti swasta ditubuhkan untuk memberi peluang kepada bukan bumiputera melanjutkan pelajaran.

”Kita juga telah beri kelulusan pada kolej untuk dinaik taraf sebagai universiti dengan membuka pengambilan pelajar yang begitu ramai.

”Begitu juga dengan dasar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang sebelum ini dibuka kepada pelajar mengikut sistem kuota, tapi sekarang sudah ganti dengan meritokrasi dan buka peluang lebih pada bukan bumiputera,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: