Pertemuan pertama majlis syura tak tahu…


Aug 17, 08 8:24pm

Pertemuan pertama pemimpin PAS dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad  Badawi di Jalan Bellamy di ibunegara, tidak sempat dimaklumkan kepada majlis syura ulama, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa.

Katanya, ini kerana ada mesyuarat di Jalan Raja Laut pada sekitar tengahari dan pertemuan itu pula diadakan pada jam 5 petang.

“Jadi tidak sempatlah (memberitahu majlis syura ulama) . Hanyaparliament 2008 first day 280408 nasharuddin pertemuan yang kedua dan ketiga baru diberitahu kepada mereka,” katanya ketika ditemui selepas muktamar ke 54 PAS di Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini.

Selain Nasharuddin, dua lagi wakil PAS dalam pertemuan tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS pusat, Abdul Khalid Samad.

Beliau mengesahkan merdana menteri membuat tawaran untuk membentuk kerajaan campuran di Perak dan Selangor.

‘Hari pertama (kami berjumpa dengan perdana menteri), sudahpun ada tawaran tersebut, bagaimanapun kami menolaknya,” katanya.

“Beliau juga menawarkan jawatan menteri besar di Perak, kita tolak,” tambahnya.

Menurut Nasharuddin, pada hari menteri besar Selangor dilantik, beliau telah dipanggil ke istana untuk mengesahkan perlantikan tersebut.

“Pada hakikatnya, kita membawa surat daripada presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) yang kita sudah bersetuju untuk melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar,” katanya lagi.

Nasharuddin berkata, dalam pertemuan ketiga beliau dengan perdana menteri di bangunan Parlimen, tiada perbincangan yang dibuat.

“Saya cuma dipanggil oleh pegawai beliau semasa saya sedang berehat di lobi Parlimen. Saya pun pergilah,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: