Ariff lebih karismatik- Anwar sudah jadi pelawak jalanan


malaysiahariini
Friday, 15 August 2008

ImageSEBAIK sahaja Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri yang dipertanggungjawabkan mengetuai Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan calon Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Ariff Shah Omar Shah, ramai pihak menarik nafas lega.

Sepintas lalu, Ariff berwajah tenang, berperwatakan matang, bertubuh sasa dari Anwar tentunya, masih membawa aura kemenangannya di DUN Seberang Jaya, tidak asing bagi penduduk di kawasan Permatang Pauh bagaikan sudah menjanjikan permulaan yang cerah bagi BN.

Walaupun dalam beberapa blog pembangkang menghina macam-macam terhadap Ariff yang dikatakan adik beradik penyamun Amin Shah, itu hanya perkara biasa asalkan bukan Ariff yang penyamun. Kalau dia penyamun, masakan orang Seberang Jaya memilih dia jadi ADUN.

Apa pun kata yang memihak kepada pembangkang, Ariff mungkin bersedia menerimanya tanpa perlu ditangkis kerana beliau lebih mengenali sifat pembangkang yang mengelilingi beliau setiap masa di kawasan utara itu.

Yang pentingnya ialah Ariff tidak keseorangan. Ezam sudah siang-siang kata akan membantu siapa saja yang terbit jadi calon menentang Anwar, beliau akan bantu bersungguh-sungguh. Inilah masanya Ezam mahu mendedahkan kepada setiap individu di Permatang Pauh tanpa mengira mereka itu pengundi atau tidak bahawa siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Di sini seluruh negara sedang menadah telinga apa yang Ezam hendak dedahkan selama ini. Ini bukan cabaran tetapi adalah lebih kepada keperluan yang semestinya sifat Anwar yang bukan lagi berupa normal sejak dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful yang benar-benar telah membawa satu berita buruk mengenai Anwar yang bagaikan tidak boleh menghindarkan dirinya dari kelakuan luar tabii itu.

Bagi insan biasa, apa pun alasan Anwar yang cuba sedaya upaya sampai serak-serak suara mahu menegakkan benang basah melalui pelbagai cara hingga meminta campur tangan Amerika untuk mempersoalkan undang-undang negara kita berhubung kes liwatnya, rakyat Malaysia sudah tidak dapat menerimanya lagi.

Apa yang orang nampak sekarang ini ialah Anwar pandai sungguh mengurus pembohongannya dan pandai sungguh berlakon dan meraih simpati di mana beliau mudah mencari pengaruh untuk meyakinkan dengan hanya kata-katanya yang percuma itu untuk terus berdiri dipercayai.

Tiba-tiba Anwar yang dikenali sebelum ini sebagai seorang yang serius, kononnya pandai bab agama memilih jadi pelawak untuk meraih sorakan dan tepukan dengan hilai ketawa tetamunya. Anwar semakin seronok apabila melihat audiannya menyambut kelakarnya. Di pentas-pentas beliau berceramah, Anwar sudah lebih dilihat sebagai seorang penjenaka atau badut kelas atasan.

Dia memang kelakar. Malah berjaya membuat orang ketawa. Tetapi untuk mempercayai kata-katanya, orang berfikir tiga kali. Sehinggakan di mana saja Anwar berceramah ada orang yang mengekorinya untuk melihat apa yang Anwar mahu temberang untuk dijadikan bahan berbual.

Bila seorang pemimpin sudah dilihat sebagai seorang yang suka berjenaka, dia akan terus jadi pelawak dan kata-katanya akan cair di angin lalu. Begitulah cerita jenaka, orang ketawa hanya secara spontan dan lepas itu akan lupa apa ceritanya.

Begitulah keadaan manusia yang sudah bertukar alam dari alam biasa yang nyata ke alam penjara dan kemudian kembali ke dunia nyata yang sudah memecut jauh bertamadun di mana bukan mudah lagi rakyat hari ini untuk menerima temberangnya bulat-bulat.

Anwar tersilap langkah. Orang memilih Wan Azizah kerana simpati padanya, bukan pada Anwar. Apabila Wan Azizah mengkhianati pengundinya samalah dengan membohongi pengundinya di mana sebenarnya nawaitu Wan Azizah adalah untuk memberi laluan kepada suaminya menutup aibnya.

Pertarungan antara Anwar dengan Ariff Shah adalah satu pertarungan antara pemimpin keluarga yang cuba menggunakan platform kawasan parlimen Permatang Pauh untuk kepentingan peribadi dengan pemimpin yang telah menunjukkan kewibawaan dan bukti di sebelah kawasan.

Terserah kepada pengundi kawasan Permatang Pauh untuk membuat pemilihan yang sewajar-wajarnya demi masa depan kawasan mereka untuk menyelamatkan seluruh negara daripada jatuh kepada tangan yang belum tentu menjanjikan keselamatan umah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: