Pas curiga Anwar


Oleh Ridzuan Yop, Shamsul Kamal Amaruddin, Mohd Feroz Abu Bakar, Nazura Ngah dan Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my


“Jangan dok kemaruk 16 September runtuhkan kerajaan jahiliah lama Umno diganti dengan kerajaan jahiliah

Perjuangan Penasihat PKR tidak dipercayai

IPOH: Pas mula mencurigai dan mempersoalkan perjuangan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang diuar-uarkan akan menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan Kerajaan Pusat selepas 16 September ini.

Beberapa perwakilan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas di Stadium Indera Mulia di sini, semalam secara terbuka mengingatkan kepemimpinan serta ahli parti itu supaya jangan terlalu kagum dengan Anwar, sebaliknya mengambil sikap lebih berhati-hati dengan Penasihat PKR itu.

Wakil Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata banyak ucapan serta kenyataan Anwar, terutama selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac lalu, mengelirukan dan seolah-olah tidak ingin melihat Islam menjadi ketuanan di negara ini.

“Kita semua jangan lupa hakikat bahawa selama 16 tahun Anwar pernah menjadi penghalang kebangkitan Pas. Ada yang kata jangan ungkit, tetapi kita perlu juga pandang ke belakang sekali sekala untuk mara ke depan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Pemuda Pas.

Wakil Selangor, Zulkifli Ahmad, pula kesal kerana Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak disebut-sebut sebagai pemimpin utama jika Pakatan Rakyat menubuhkan Kerajaan Pusat.

Paling menyedihkan, katanya, lidah rasmi Pas � Harakah sendiri sudah menjadi ‘berita Anwar’ manakala Abdul Hadi dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak menerima liputan sehebat Penasihat PKR itu.

“Sanggupkah pemimpin dan ahli Pas melihat Timbalan Perdana Menteri diisi oleh bukan Islam dan Abdul Hadi hanya diberi jawatan menteri biasa menjaga belia atau kebudayaan? Kenapa Abdul Hadi tidak disebut-sebut sebagai pemimpin yang harus didaulatkan? Mana slogan Kepemimpinan Ulama?,” tegasnya.

Wakil Pulau Pinang, Mohd Radzuan Ramli, menghangatkan lagi suasana apabila mengingatkan Pas supaya jangan meruntuhkan kerajaan jahiliah lama dan menggantikan pula dengan kerajaan jahiliah yang baru.

“Jangan dok kemaruk 16 September runtuhkan kerajaan jahiliah lama Umno diganti dengan kerajaan jahiliah baru yang jayakan kepentingan luar seperti Amerika,” katanya sambil meminta Pas keluar daripada Pakatan Rakyat jika kerajaan yang dibentuk kelak meminggirkan Islam.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Mohd Daud Iraqi, berpendapat Abdul Hadi adalah tokoh paling sesuai dilantik sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat memerintah negara ini.

“Jika kita berjaya membentuk kerajaan baru selepas 16 September ini, kita berpendapat Presiden Pas paling layak menjadi Perdana Menteri.

“Itu pandangan Dewan Ulama. Tentulah kita kata presiden kita yang layak. Kalau parti lain akan mengatakan presiden mereka yang layak,” katanya.

Sebelum ini, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah, juga mahukan Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: