Khalid perlu terima kesan ucapan



TERUS BANTAH: Sebahagian pelajar UiTM Cawangan Dungun, Terengganu berhimpun dan menghantar memorandum kepada Pengarah Kampus, Tengku Yusof Temgku Mahmud, semalam.

SHAH ALAM: Media tidak boleh dipersalahkan dalam isu berkaitan cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya 10 peratus kuota Universiti Teknologi Mara (UiTM) dibuka kepada pelajar asing dan bukan Bumiputera.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata sebagai pemimpin, Abdul Khalid sepatutnya sedar dan bertanggungjawab dengan apa yang diucapkannya.

“Saya lebih suka dia (Abdul Khalid) tidak memohon maaf supaya kita boleh bayar harga yang dia lontarkan itu,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Himpunan Pelajar Melayu Merdeka, anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) sempena ulang tahun GPMS ke-60 di sini, semalam.

Hadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Seri Ibrahim Abu Shah; Presiden GPMS, Datuk Reezal Merican Naina Merican dan Timbalan Presiden Kesatuan Pelajar Melayu Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil.

Ditanya mengenai hasrat Abdul Khalid untuk membin cangkan perkara itu dengan pelajar UiTM, Ahmad Zahid berkata, tidak perlu kerana ia sudah termaktub dalam Akta UiTM.

Sementara itu pelajar UiTM di cawangan seluruh negara terus mengadakan perhimpunan membantah kenyataan Khalid.

Di SERI ISKANDAR, kira-kira 10,000 mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seri Iskandar mengadakan perhimpunan sama.

Yang Dipertua, Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Abdul Qayum Abdul Razak berkata, tindakan itu sebagai amaran pelajar UiTM yang berasakan cuba dikhianati Khalid.

Di KANGAR, lebih 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Arau, diketuai Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, Ahmad Faiq Ahmad Fuat serta staf akademik dan pengurusan universiti termasuk Pengarah Kampus UiTM Arau, Profesor Madya Dr Hamidi Abd Hamid, turut mengadakan bantahan.

Di DUNGUN: Kira-kira 500 pelajar UiTM mengadakan perarakan secara aman sejauh lima kilometer.

Yang Dipertua MPP UiTM Kampus Dungun, Mohamad Asri Mohamad Yusoff, berkata mereka kerana kesal kenyataan Abdul Khalid yang dianggap jadi boneka DAP.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: