Hadi, Nik Aziz dilarang khutbah



MESRA: Raja Dr Nazrin Shah bersalaman dengan Abdul Hadi yang mengetuai Jawatankuasa Pas Pusat menghadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam. – Bernama

Raja Dr Nazrin mahu semua masjid, surau di Perak bebas pengaruh politik

KUALA LUMPUR: Hasrat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Negeri dan Masjid Sultan Azlan Shah, di Ipoh, tidak diberi perkenan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.

Perkara itu disampaikan kepada Abdul Hadi ketika Presiden Pas itu menghadap baginda di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, semalam, kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini, semalam, beliau berkata, titah itu selaras dengan pendirian bahawa semua institusi masjid dan surau di Perak harus bebas daripada sebarang pengaruh politik kepartian.

Katanya, hanya imam yang mendapat tauliah daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, boleh menyampaikan khutbah di Perak.

Kelmarin, media melaporkan, Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai berkata, Raja Nazrin berkenan Nik Abdul Aziz dan Abdul Hadi masing-masing untuk menyampaikan khutbah Jumaat di Ipoh.

Mohammad Nizar dipetik sebagai berkata, perkenan itu diberikan baginda sebagai tanda penghormatan kepada dua tokoh pemimpin Pas itu yang menghadiri Muktamar parti ke-54, di Ipoh, sebagai tetamu kerajaan negeri.

Nik Abdul Aziz dilaporkan akan menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II atau lebih dikenali Masjid Negeri, manakala Abdul Hadi pula menyampaikan di Masjid Sultan Azlan Shah berhampiran Institut Tadbiran Islam Perak. � Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: