PKR – tegas menyokong Majlis Peguam


malaysiahariini

ImagePKR semakin terserlah tidak memperjuangkan dan mempertahankan Islam bila Timbalan Presiden, Syed Husin dan Ketua Penerangan Tien Chua tidak bersetuju dengan Zulkfili Nordin – MP Kulim Bandar Baru turut serta membantah forum Majlis Peguam dalam isu Artikel 121(1A) Memeluk Islam.

Kenyataan Syed Husin dan Tien Chua menolak perbuatan Zulkfili Nordin sebagai mewakili PKR dan menolak tindakan menghalang forum itu dari dilaksanakan. PKR dengan jelas mempunyai agenda yang tidak serupa dengan mereka yang hadir dalam membantah forum tersebut dan menentang forum atau diskusi dalam perbincangan isu-isu yang melibatkan Islam.

Pada asasnya PKR tidak boleh berdolak-dalik apabila PKR dilabel tidak memperjuangkan Melayu dan Islam secara bersungguh-sungguh. Tindakan Zulkifli Nordin dalam mempertahankan Islam tidak dilihat sebagai usaha PKR kerana PKR dari segi kepimpinan mempunyai kuasa dominan kaum bukan bumiputera sungguhpun ahli adalah rata-rata Melayu/Islam.

Salahhuddin Ayub yang turut hadir dalam demonstrasi tersebut sehingga hari ini tidak memberi komen mengenai rakan Pakatan Rakyat yang menolak tindakan Zulkifli Nordin yang mempertahankan Islam dari terus dibicarakan oleh Majlis Peguam.

Dalam pada itu kita percaya dalam isu Inter Faith Council, PKR dan DAP semestinya turut menyetujui penubuhan IFC yang dibentuk khusus untuk membincangkan isu-isu dalam Islam. Keadaan ini jelas menunjukkan peranan PKR dan DAP yang tidak sealiran dengan PAS.

Kerana itu langkah PAS untuk bertindak keluar dari Pakatan Rakyat adalah langkah prinsip PAS yang sebelum ini sudah nampak kabur. PAS yang selama ini tenggelam dalam Pakatan Rakyat kini mahu menunjukkan prinsip mereka dan pegangan perjuangan mereka. Justeru itu rakyat harus mengambil iktibar bahawa apa yang Pakatan Rakyat maklumkan sewaktu pilihan raya adalah omongan kosong dan para pengundi tertipu dengan apa yang mereka janjikan. Satu yang pasti ialah Pakatan Rakyat adalah Pakatan untuk pilihan raya semata-mata dan tidak mempunyai sebarang keserasian ideologi perjuangan.

Hari ini Pakatan Rakyat lebih menyusahkan rakyat dengan ketidaktentuan dalam pentadbiran. Selangor hari ini kecuh dengan pengkhususan pada agenda DAP. Rakyat Melayu kini nampak jelas pegangan Pakatan Rakyat yang hanya berpaksikan kepada agenda Anwar Ibrahim dan DAP yang diwakili oleh Lim Guan Eng.

Semakin jelas bahawa kita Melayu harus mula memikirkan semula serangan terhadap kehadiran kita di negara ini. Ini baru kita membicarakan soal kaum dan belum lagi soal agama. Kepimpinan kita telah menasihati Majlis Peguam tapi kedegilan mereka nampak jelas dalam memperjuangkan apa yang mereka mahu. Ini juga nampak apabila PKR turut menolak Zulkifli Nordin apabila beliau hadir dalam mempertahankan Islam dari terus dibicarakan oleh bukan ahlinya.

Ahli-ahli dalam PKR khususnya yang beragama Islam terus diam – kerana mereka bukan mempunyai prinsip demokrasi yang mereka laungkan tetapi mereka Cuma ada Anwar Ibrahim yang menjadi penentu. Mereka tunggul apabila menyatakan prinsip ahli dan individu dalam parti kerana mereka tunduk pada Anwar Ibrahim. Ini juga tidak melambangkan ketuanan rakyat – malah hanya ke TUAN an Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat.

Apa pun kita mesti sedar bahawa agenda untuk mereka adalah agenda DAP dan agenda DAP adalah perjuangan bangsa. Maka adakah kita patut membiarkan perjuangan mereka lantas membiarkan Islam dan Melayu terketepi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: