Nasha: Kenapa tak boleh dekati Umno?


Aug 13, 08 11:40pm
Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengingatkan bahawa ahli parti itu yang tidak bersetuju dengan keputusan Majlis Syura berhubung isu muzakarah dengan Umno adalah melanggar disiplin parti, demikian menurut laporan Bernama.

nasharuddin mat isa 04Agensi berita nasional itu melaporkan beliau berkata, kepimpinan PAS sedar ramai di kalangan ahlinya yang tidak bersetuju dengan tindakan PAS mengadakan muzakarah dengan musuh tradisinya sejurus selepas pilihanraya umum  lalu, katanya.

Tambahnya, isu muzakarah perlu dijelaskan oleh pemimpin tertinggi parti itu bagi memastikan ahli memahami sepenuhnya isu tersebut dan tidak lagi tertanya-tanya kenapa PAS mengadakan pertemuan dengan Umno.

“Peraturan kita didasari al-Quran dan as-Sunnah, jangan ada di antara kita yang kata al-Quran itu lain dan politik lain.

“Ahli-ahli kena bertenang dan menerima apa yang berlaku ini dengan patuh.

“Tidak sedarkah bahawa kita melanggar disiplin parti dengan tidak bersetuju dengan keputusan itu,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-49 di Stadium Indera Mulia di Ipoh malam ini.

Nasharuddin berkata dasar perjuangan PAS yang berpaksikan Islam menuntut dakwah diterapkan kepada semua yang masih belum memahami apa itu Islam yang sebenar.

“Kalau kita boleh bersekutu dengan DAP yang menentang Islam dari dulu sampai sekarang dan dengan PKR, mengapa kita tidak boleh dekati Umno?

“Pimpinan kita mengadakan perjumpaan dengan Umno atas keputusan Syura Ulama, tidak ada yang pergi ambil kesempatan untuk kembungkan poket atau runding kerusi dan jawatan.

“Kita pergi jumpa Umno untuk beritahu mereka syiar Islam sebenar… Islam pun ajar kita supaya berunding, dalam perang pun kalau musuh nak berunding, kita dibenar berunding,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: