Anwar -bekas banduan mahu jadi PM


Monday, 11 August 2008

Image16 Ogos 2008 hingga 26 Ogos 2008 adalah kemuncak kepada siri-siri pembohongan, putar belit dan kemaruk kuasa seorang manusia bernama Anwar Ibrahim dalam mengejar cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pada tarikh berkenaan akan berlangsung Pilihan raya Kecil Parlimen Permatang Pauh. Kita percaya kesempatan ini akan digunakan sepenuhnya oleh Anwar untuk manipulasi dan memburukkan seluruh sistem kerajaan bagi mempengaruhi pengundi dan melengkapkan agenda peribadinya.

Anwar akan kritik kerajaan semahunya. Anwar akan menabur bermacam-macam-macam janji yang tidak mampu di penuhi. Kalau ada definisi mengenai matlamat menghalalkan cara maka inilah senario yang tepat untuk menggambarkan perbuatan Anwar. Turunkan harga minyak, kurangkan cukai, pembelaan rakyat miskin dan lebih pasti, Anwar akan menggunakan ruang terbuka untuk mengambil kesempatan memfitnah Najib Razak dalam isu Altantuya. Dan kita bakal menyaksikan juga lidah bercabang Anwar menabur berbagai-bagai janji bagi memastikan beliau menang besar di pilihan raya tersebut. Dan seperti biasa sebahagian pengundi Permatang Pauh akan dipukau oleh Anwar.

Seperti biasa, pengundi yang terpesona dengan pidatonya yang hebat serta madah berhelahnya, tergoda dengan bahasa badannya serta tertarik dengan karismanya konon sebagai pemimpin masa depan akan mengundi Anwar serta rebah di kaki insan yang sedang dibicarakan atas tuduhan liwat terhadap pembantunya ini.

Malah sudah ada yang berani meramalkan bahawa bekas banduan yang pernah terpenjara selama enam tahun kerana menyalahgunakan kuasa ini akan menang mudah kerana sebahagian besar pengundi di Permatang Pauh telah tertutup pintu hatinya daripada mengenal yang mana satu intan dan yang mana satu kaca. Mereka sanggup diperbodoh serta diperalatkan bertahun-tahun oleh Anwar Ibrahim dan Wan Azizah. Mereka merelakan diri mereka menjadi papan bidak untuk memenuhi kerakusan nafsu Anwar.

Mereka sanggup menggadaikan harga diri untuk turut sama bersekongkol dengan agenda jahat Anwar untuk menumbangkan kerajaan secara rasuah. Mereka jadi hilang pertimbangan hanya kerana taksub serta menganggap Anwar adalah Tuhan Masa Depan untuk mereka meskipun berbagai-bagai kesilapan dan kesalahan yang Anwar lakukan termasuklah merosakkan perpaduan kaum dan memecahbelahkan kesatuan Melayu.

Anwar yang tergesa-gesa mahu bertanding dalam pilihan raya bagai mahu lari ataupun bersembunyi daripada bayangan kesalahan yang menakutkan. Anwar seperti takut kepada bala yang akan menimpa beliau kerana ada dosa-dosa terselindung yang mungkin dilakukannya. Berimej Islam dan berperwatakan seperti orang baik-baik lebih memudahkan Anwar untuk mengaburi mata pengundi.

Anwar menjadi ghairah dan berkeyakinan tinggi untuk bertapak di Putrajaya kerana di sokong oleh sebahagian media tempatan dan asing. Anwar seakan menjadi gila untuk berkuasa kerana beliau dikelilingi oleh orang-orang yang terpengaruh dan percaya dengan kegilaan beliau lantas menyokong apa sahaja sehingga terlupa akan dosa rasuah Anwar Ibrahim.

Pengundi Permatang Pauh seakan menolak fakta dan sejarah. Pengundi di Permatang Pauh seakan telah ditutup pintu hidayah mereka untuk terus menyokong bekas banduan ini. Mereka menjadi seperti robot yang boleh diarahkan oleh Anwar bila-bila masa dan PAS yang juga sedang kemaruk kuasa turut bersekongkol dengan Anwar yang moralnya sedang diragui.

Anwar cukup licik bermain politik. Menggunakan kepetahan berhujah, beliau mampu serta berjaya mengaburi serta mengelirukan kebanyakan rakyat. Beliau berjaya menutup segala kesilapan ataupun salah laku beliau. Beliau berjaya menjadikan rakyat simpati terhadap dirinya. Beliau berjaya mengujudkan teori konspirasi bahawa beliau menjadi mangsa fitnah serta dengki khianat, kononnya dari kerajaan.

Anwar mahu menjadikan pengundi Permatang Pauh umpama Sungai Ganges tempat penganut Hindu membasuh dosa dan Anwar mahu mahkamah rakyat Permatang Pauh menjatuhkan hukuman tidak bersalah terhadap diri beliau apabila dituduh meliwat untuk kali kedua. Dan kita percaya modus operandi Anwar cukup jelas, beliau mahu rakyat mengalih perhatian daripada memperkatakan segala isu yang berkaitan dengannya dan mendesak Azizah letak jawatan sebagai Ahli Parlimen adalah jalan terbaik buat beliau melengkapkan agenda peribadinya.

Anwar tidak ada pilihan. Daripada membiarkan rakyat kencing atas gambarnya kerana berbohong. Daripada membiarkan keluarganya menanggung aib sekiranya benar beliau meliwat, jalan terbaik adalah mengheret pengundi Permatang Pauh untuk menyokongnya, sekurang-kurangnya memberikan kekuatan untuk beliau menghadapi segala tuduhan terbaru ini dan jelaslah sekali lagi pengundi Permatang Pauh dijadikan alat semata-mata oleh Anwar Ibrahim.

Anwar tidak ubah seperti melukut di tepian gantang. Tak ada lagi baik.

sumber-malaysiahariini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: