Pikat pengundi’


Oleh Khairul Azran Hussin
khaiazr@bharian.com.my


TURUT CUBA: Najib dan Menteri Pengangkutan, Datuk Ong Tee Keat turun dari pesawat selepas melancar tempahan VistaJet dan merasmikan FBO Skypark Malaysia di LTSAAS, Subang, semalam.

Kempen tumpu undi calon BN: Najib

SUBANG: Barisan Nasional (BN) akan menggunakan tempoh berkempen bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh untuk mendapatkan keyakinan pengundi di situ terhadap manfaat mengundi calon parti itu, kata Datuk Seri Najib Razak.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi pilihan raya kecil itu berkata, BN akan berusaha sedaya upaya untuk merampas semula kerusi Parlimen Permatang Pauh, walau apa pun sentimen pengundi di situ.

Beliau berkata, pengundi di kawasan Parlimen itu wajar diberi pilihan dalam menentukan siapa yang mereka mahukan sebagai Ahli Parlimen, walaupun keputusan pilihan raya umum baru-baru ini menunjukkan sentimen memihak kepada pembangkang.

“BN bertanding di Permatang Pauh disebabkan adanya pilihan raya kecil di kawasan itu… setiap kali ada pilihan raya kecil, kita akan bertanding dan BN tidak pernah tidak bertanding dalam pilihan raya kecil.

“Kita sedar keadaan di Permatang Pauh, tetapi pengundi wajar diberi pilihan siapa yang akan menjadi wakil rakyat mereka,” katanya selepas melancarkan tempahan VistaJet dan merasmikan Operasi Pangkalan Tetap (FBO) Skypark Malaysia, di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), di sini, semalam.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan Ahli Parlimennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pada 31 Julai lalu bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bertanding kerusi itu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: