Menantu Nik Aziz disiasat


Oleh Wan Faizal Ismayatim
wfaizal@bharian.com.my


ENGGAN KOMEN: Ariff Fahmi hadir pada Mesyuarat Lembaga Penasihat PMBK di Kota Bharu, semalam.

BPR semak dokumen dakwaan salah guna kuasa pelantikan COO

KOTA BHARU: Badan Pencegah Rasuah (BPR) semalam memulakan siasatan terhadap dakwaan salah guna kuasa berhubung pelantikan Ketua Pegawai Operasi (COO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ariff Fahmi Abdul Rahman, yang juga menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Sepasukan pegawai BPR Kelantan ke bangunan PMBK dekat Jalan Kuala Krai, di sini, kira-kira jam 10 pagi. Mereka berada lebih sejam di situ, sebelum beredar bersama fail dan dokumen yang dipercayai ada kaitan dengan kenderaan milik perbadanan terbabit terutama yang disumbangkan syarikat tertentu.

Ketika serbuan itu, Lembaga Penasihat PMBK yang dipengerusikan Nik Abdul Aziz bermesyuarat di situ. Pengarah BPR Kelantan, Mohd Jaafar Hussein, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan mengenai siasatan yang dijalankan oleh anggotanya itu.

Ariff Fahmi yang ditemui media selepas Mesyuarat Lembaga Penasihat PMBK itu berkata, beliau dinasihatkan supaya tidak memberikan sebarang ulasan berhubung isu terbabit.

“Saya dinasihatkan tidak memberi sebarang komen kepada media….cuma kita akan bagi kerjasama kepada BPR, tak ada masalah (terhadap siasatan yang dijalankan).

“Saya tak boleh nak mengesahkan yang itu (tindakan BPR mengambil dokumen dari pejabat PMBK pagi semalam) kerana turut berada dalam bilik mesyuarat tadi,” katanya.

Ariff Fahmi juga enggan mengulas sama ada mesyuarat Lembaga Penasihat PMBK yang disertainya turut menyentuh mengenai siasatan yang dijalankan BPR.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: