Australia yakin perbicaraan adil


Oleh Sazarina Shahrim
sazarina@bharian.com.my

Menteri Dalam Negeri jamin proses pendakwaan Penasihat PKR ikut undang-undang

KUALA LUMPUR: Kerajaan Australia yakin proses dakwaan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwatnya, berjalan mengikut undang-undang.

Menteri Imigresen dan Kewarganegaraan Australia, Chris Evans, berkata beliau menerima jaminan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia bahawa Anwar akan dibicarakan dengan adil berlandaskan undang-undang.

“Kita tidak akan mencampuri urusan dalaman Malaysia dan berpuas hati dengan jaminan yang diberikan sendiri oleh Menteri (Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar) bahawa segala proses pendakwaan akan mengikut undang-undang,” katanya.

Evans berkata demikian pada sidang media selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Australia untuk kerjasama imigresen di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kes liwat membabitkan Anwar dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan. Semalam, Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap tuduhan melakukan seks luar tabii terhadap Mohd Saiful pada Jun lalu.

Sementara itu, dalam kenyataan bersama Malaysia dan Australia selepas majlis itu, Evans berkata, MoU yang ditandatangani akan mengukuhkan lagi hubungan dua hala sedia ada dengan membenarkan belia berumur 18 hingga 30 tahun bekerja dan bercuti di kedua-dua negara selain meningkatkan kerjasama termasuk dalam program latihan ujian dokumen forensik dan berkongsi maklumat dalam meningkat keselamatan sempadan, pengurusan migrasi dan isu penyeludupan manusia.

“Malaysia dan Australia akan terus bekerjasama untuk mengukuhkan lagi sempadan masing-masing dalam usaha menangani semua bentuk jenayah,” katanya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: