‘Tidak sabotaj pembangkang’



BINCANG SESUATU: Abdullah dan Najib berbual dengan pemimpin BN selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di Kuala Lumpur, semalam.

Anwar wajar minta penyokong tak adakan demonstrasi jalanan: Abdullah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak dakwaan kononnya kerajaan cuba mensabotaj parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu atas tuduhan liwat.

Perdana Menteri berkata, tarikh pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam dan siasatan serta pendakwaan kes liwat terhadap Anwar itu adalah perkara berbeza, yang kedua-duanya dibuat mengikut proses undang-undang.

“Kita tidak umumkan tarikh pilihan raya kecil itu dan saya juga tidak mengarah supaya tarikh itu serentak.

“Jika SPR tidak umum tarikh, mereka akan kata (kita) bimbang… takut, lambat (umum) ni apa pasal. (Tempoh) 60 hari (untuk pilihan raya kecil) boleh masuk bulan kedua, akan ada macam-macam soalan. Buat awal pun timbul soalan.

“Ada juga orang kata mungkin peletakan jawatan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail (sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh) untuk tawarkan Anwar jadi calon itu sebagai satu helah, mudah-mudahan dengan itu Anwar tidak dibawa ke mahkamah, tidak dituduh, ada orang cakap macam itu,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Malah, Abdullah yang juga Pengerusi BN berkata, pelbagai versi dibuat berhubung isu seperti itu.

“Cerita ini tak pernah satu versi, sekurang-kurangnya dua versi… kadang-kadang 3,4,5, 10 pun ada, ditambah dengan cakap-cakap dan yang keluar pada blog,” katanya.

Ditanya sama ada beliau bimbang akan wujud ketidakstabilan politik dan demonstrasi selepas pendakwaan terhadap Anwar nanti, Perdana Menteri berkata, tidak perlu ada demonstrasi dan Anwar sepatutnya mengingatkan penyokongnya agar tidak bertindak sedemikian.

Sebaliknya, beliau berkata, Anwar harus berdepan dengan tuduhan itu dan membuktikan dakwaan berkenaan tidak benar.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: