Permatang Pauh cadang Abdul Jalil



Datuk Abdul Jalil Abdul Majid

BUKIT MERTAJAM: Umno Permatang Pauh mencadangkan Ketua Umno bahagiannya, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (gambar) dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pilihan raya kecil 26 Ogos ini.

Ketetapan itu dicapai pada mesyuarat khas jawatankuasa Umno bahagian berkenaan, Isnin lalu.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Umno bahagian, Ahmad Sahar Shuib pada mesyuarat jentera pilihan raya Umno Bahagian Permatang Pauh, malam kelmarin.

Abdul Jalil, 54, adalah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti sejak 1994 tetapi gagal mempertahankan kerusi itu pada pilihan raya umum lalu apabila tewas kepada calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohammad Fairus Khairuddin.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh akan diadakan selepas penyandangnya, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada sidang media selepas mesyuarat itu, Abdul Jalil berkata, Umno bahagian berpendapat dengan memilih anak tempatan, ia akan memudahkan jentera pilihan raya bertugas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: