Isu harga minyak hanya untuk tagih populariti


Oleh Azman Zakaria
azmanz@bharian.com.my


KERJA KERAS: Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya Datuk Arif Shah Omar (dua dari kanan) dan petugas membuat persiapan di kediamannya di Seberang Jaya, semalam.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, cadangan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menurunkan harga minyak kepada RM2 seliter adalah satu lagi contoh pendekatan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu untuk meraih populariti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan Anwar itu, jika dilaksanakan sebenarnya akan memberi tiga implikasi buruk, termasuk menyebabkan subsidi minyak yang diberikan oleh kerajaan meningkat dengan banyak.

“Sebarang (harga) adalah mungkin…. bergantung berapa banyak yang mahu anda peruntukkan untuk subsidi. Sekarang pun subsidi sudah besar, kita boleh beri angkanya,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Perkhidmatan Awam ke-13 di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan), di sini, semalam.

Kelmarin, Anwar berkata, jika Pakatan Rakyat memerintah hari ini, harga minyak akan diturunkan keesokan hari dan ia mampu diturunkan 70 sen menjadi RM2 seliter berdasarkan harga minyak dunia sekarang AS$125 setong.

Najib berkata, apa yang dicadangkan Anwar itu juga bertentangan dengan aliran negara dunia yang bergerak ke arah penentuan harga berdasarkan harga pasaran dunia.

Katanya, ia juga mendorong kepada penggunaan minyak lebih banyak yang akan mengurangkan simpanan bahan itu.

“Banyak pembaziran akan berlaku kerana orang ramai akan menggunakan tenaga pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Anda tidak mendidik masyarakat bahawa tenaga itu sebenarnya mahal dan terbatas… ia tidak akan kekal selama-lamanya,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: