‘Ahli, pemimpin jangan terjebak rasuah politik’


Oleh Norfatimah Ahmad
tim@bharian.com.my


KEMUDAHAN BARU: Abdullah sambil diperhatikan isterinya, Datin Seri Jeanne Abdullah bersama Rafidah dan Shahrizat melancarkan laman web, wanitaumno2u.com pada majlis Wanita Bersama Pemimpin anjuran Pergerakan Wanita Umno di PWTC, semalam.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam menegur semua ahli dan pemimpin Umno supaya tidak terjebak dalam rasuah politik kerana setiap tindak tanduk mereka sepanjang mesyuarat cawangan dan bahagian Umno sentiasa diperhatikan ibu pejabat parti.

Perdana Menteri berkata, ketika ini, jumlah petugas di ibu pejabat Umno cukup untuk melaksanakan tugas penting itu bagi menjamin mesyuarat dan proses pemilihan berjalan lancar.

“Keputusan peringkat Jawatankuasa Pengurusan Umno adalah supaya perjalanan mesyuarat cawangan dan bahagian serta kempen yang dianjurkan sentiasa diawasi ibu pejabat Umno, terutama bagi memerhati sebarang perkara atau kegiatan yang melanggar tataetika parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Wanita Bersama Pemimpin anjuran Pergerakan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Abdullah yang juga Presiden Umno berkata demikian menjawab mengenai perjalanan mesyuarat cawangan Umno ketika ini yang dikaitkan dengan kegiatan rasuah politik.

Sebelum ini, Badan Pencegah Rasuah (BPR) menahan seorang pemimpin Umno Seremban dipercayai menyogok seorang ketua cawangan RM500 supaya mencalonkannya bertanding sebagai ketua bahagian itu pada pemilihan, Oktober ini.

Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Syed Hamid Albar pula menyifatkan pemilihan cawangan Umno yang sedang berlangsung sekarang adalah yang paling buruk pernah disaksikan dan dialami sepanjang pengalamannya menjadi ahli parti.

Menteri Dalam Negeri itu berpendapat, secara keseluruhannya, politik wang sudah menjadi barah dan semakin merebak bukan hanya pada peringkat tertinggi, tetapi peringkat akar umbi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: