Halalkan `main belakang’ demi demokrasi


ImageENTAH atas nasihat siapa,kerajaan pimpinan Abdullah Badawi telah memperkenalkan dasar ketulusan, keterbukaan dan kebebasan yang sekal gus menghancurkan kontrak sosial antara rakyat dan juga menumbangkan dominan Kuasa Melayu dalam pemerintahan Barisan Nasional.

Untuk siapakah kebebasan ini mahu ditunjukkan,untuk tuan tuan di Barat dan di Amerika Syarikat,untuk mendapat sanjungan dunia, untuk meyakinkan penanam modal asing?

Ternyatalah segala usaha yang dijalankan oleh kerajaan pimpinan Abdullah untuk membersihkan imej jabatan kehakiman dan polis,menghapuskan rasuah,membuka perbicangan hak hak sensittif orang Melayu dan Islam , membenarkan penghinaan terhadap institiusi agama dan sosial orang Melayu dan Islam dan lain lain sama sekali tidak meyakinkan tuan tuan di BBC dan CNN dan juga Westminster dan di Rumah Putih tentang ujudnya demokrasi di Malaysia.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat Sean McCornmack menyuarakan perhatian berat Amerika Syarikat terhadap penangkapan Anwar Ibrahim kerana kes sodomi malah dua kumpulan hak manusia negara itu menyatakan harapan agar dakwaan liwat itu tidak digunakan untuk menutup mulut Anwar.

Agensi agensi berita dan juga media Amerika Syarikat dan Britain termasuk BBC dan CNN telah bagitu sibuk dan konsisten menyiarkan suara suara NGO,Majlis Peguam,peguam peguam tambi Malaysia yang menuduh bahawa tindakan terhadap Anwar itu adalah menekan proses kesuburan demokrasi Malaysia.

Sebenarnya selagi Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri Malaysia,selagi kerajaan Malaysia masih melambangkan kuasa Melayu dan Islam,selagi nilai nilai sosial Barat tidak dibebaskan di Malaysia, selagi ‘Main Belakang ‘ dan homosexual tidak dihalalkan di negara ini sebagai hak kemanusiaan bagi manusia yang suka sex di luar tabi maka selama itulah Amerika Syarikat dan Dunia Barat tidak akan mengiktiraf demokrasi Malaysia.

Singapura tanpa kebebasan politik pun tetap disayangi oleh Amerika Syarikat dan Britain sebab banyak nilai lain sosial Barat telah diterima di Singapura. Budaya kuning yang di sebutkan oleh Perdana Menteri pertama Singapura Lee Kuan Yew sebagai boleh merosakkan kestabilan sosial dan politik Singapura sudah tidak lagi diterima pakai oleh generasi barunya..

Bagaimana kalau kita hendak maju setapak lagi untuk membuktikan bahawa Malaysia adalah benar-benar negara Islam yang demokratik di dunia,maka kita halalkan ‘Main Belakang’ di Malaysia?

Kalau kita boleh dengar cakap Anwar Ibrahim tak mahu Ketua Polis Negara,Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail terlibat dalam siasatan kes liwatnya,takkan kita tak boleh sukakan hatinya pula dengan tidak lagi menjadikan ‘Main Belakang’ sebagai suatu kesalahan Jenayah di Malaysia?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: