‘Usah cetus spekulasi siapa lawan Anwar’


Oleh Syuhada Choo Abdullah
bhnews@bharian.com.my


LAWATAN: Hishammuddin mengucapkan selamat jalan kepada Putera Mahkota Brunei selepas baginda selesai mengadakan lawatan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, semalam.

Pemuda ikut keputusan pucuk pimpinan BN: Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Jangan buat spekulasi mengenai calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh kerana siapapun mereka Pemuda Umno akan memberi komitmen sepenuhnya bagi menumbangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua pergerakan itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

“Dalam keadaan sekarang, kita (Pemuda) berharap jangan sesiapa membuat spekulasi dari segi calon. Yang penting, ini adalah kubu kuat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan kita (Barisan Nasional) adalah ‘underdog’.

“Oleh itu, sesiapa saja yang menjadi calon (BN), bagi saya secara peribadi dan sebagai Ketua Pemuda Umno, kita akan memberikan komitmen sama,” katanya pada sidang akhbar selepas mengiringi lawatan Putera Mahkota Brunei, Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, ke Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) di sini, semalam.

Hishammuddin berkata, penentuan calon bakal bertanding biarlah diserahkan kepada pucuk pimpinan parti dan pergerakan itu akan menerima siapa saja yang terpilih mewakili BN.

Putera Mahkota Brunei diiringi isteri, Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah Pengiran Salleh Ab Rahaman. Hadir sama isteri Hishammuddin, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah.

Khamis lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada suaminya yang juga Penasihat parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya kecil di kawasan berkenaan.

Bekas calon BN bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Pirdaus Ismail, dilaporkan menyokong mana-mana calon dipilih, termasuk bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor, untuk menentang Anwar.

Sambil menjelaskan Pemuda Umno tiada cadangan calon tertentu untuk kerusi Parlimen itu, Hishammuddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, parti akan memilih yang terbaik daripada senarai nama diketengahkan.

“Selepas itu, kita rapatkan barisan. Pemuda sudah mula menyiapkan jentera di Permatang Pauh. Setiausaha Kerja saya sudah turun semalam dan tempat untuk pilihan raya kecil memang sedia ada.

“Sebelum ini pun kita sudah melalui pelbagai pilihan raya kecil dan saya anggap pilihan raya kecil di Permatang Pauh tidak ada bezanya. Cuma, saya berasa agak pelik sedikit pengumuman dibuat Dr Wan Azizah mengosongkan kerusi Permatang Pauh pada ketika ini dan dikosongkan pula untuk suami beliau.

“Ini bermakna mungkin mereka sedang menyediakan tempat kepemimpinan pembangkang kepada Anwar kerana Dr Wan Azizah adalah Ketua Pembangkang. Kita tengok apa perancangan mereka,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: