Harga minyak ikut pasaran


Oleh Wan Hazmir Bakar dan Abdul Razak Raaff


PERDANA Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersalaman dengan Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah sebelum memulakan mesyuarat bersama di pejabat beliau di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam. – Foto Bernama

  • Ditetapkan setiap awal bulan
  • Turun jika kadar pasaran AS$125 setong

    PUTRAJAYA: Mulai 1 September ini, harga runcit petrol akan ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata harga pasaran bulanan minyak mentah dunia dengan subsidi dikekalkan pada kadar 30 sen seliter.

    Berdasarkan kaedah itu, harga runcit petrol akan diturunkan jika purata harga pasaran bulanan minyak mentah dunia susut ke bawah paras AS$125 setong iaitu kadar ketika penstrukturan semula subsidi minyak diumumkan kerajaan 4 Jun lalu.
    Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan membuat keputusan itu selepas meneliti aliran penurunan harga minyak mentah di pasaran dunia kebelakangan ini yang susut kepada AS$122 setong Selasa lalu.

    “Kerajaan juga menjamin bahawa harga runcit petrol tidak akan dinaikkan melebihi paras RM2.70 seliter yang sedia ada tahun ini,” katanya dalam kenyataan mengumumkan kaedah terbaru penyelarasan harga runcit petrol di sini, semalam.

    Abdullah yang juga Menteri Kewangan menjelaskan, harga minyak mentah meningkat mendadak kepada AS$139 setong pada 8 Jun lalu dan harga runcit petrol sepatutnya dinaikkan lagi iaitu 40 sen seliter jika mengikut formula subsidi yang ditetapkan.

    TIMBALAN Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (tengah) mengucapkan tahniah kepada sebahagian 20 pelajar yang menerima biasiswa Amanah Raya bagi mengikuti pangajian dalam bidang Pengajian Islam di Universiti AL-Azhar, Mesir selepas melancarkan program itu di Kuala Lumpur, semalam. Seramai 20 pelajar cemerlang lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari seluruh negeri menerima biasiswa itu. – Foto Bernama

    Bagaimanapun, kenaikan itu tidak dibuat kerana kerajaan sudah membuat ketetapan untuk mengekalkan harga petrol pada kadar semasa dan memberi jaminan pada 11 Jun 2008 bahawa harga petrol tidak akan dinaikkan lagi tahun ini.

    “Keseluruhannya bagi Jun 2008, harga purata minyak mentah adalah AS$132 setong dan kerajaan menanggung subsidi petrol 64 sen seliter,” katanya.

    Terdahulu, dalam sidang media di pejabatnya, Perdana Menteri berkata beliau akan mengumumkan penurunan harga runcit petrol selepas beberapa butiran mengenainya selesai diteliti.

    Sambil meminta rakyat bersabar menunggu pengumuman itu, Perdana Menteri berkata jika boleh beliau mahu menurunkan harga runcit bahan api sekarang juga bagi meringankan beban rakyat.

    “Kita sudah bincang dalam mesyuarat jemaah menteri baru-baru ini. Cuma ada beberapa perkara yang perlu diperhalusi sebelum saya membuat kenyataan atau pengumuman, tunggulah… saya kalau boleh nak buat la (sekarang) ni,” katanya.

    Pada 4 Jun lalu, kerajaan mengumumkan harga runcit petrol dinaikkan 78 sen kepada RM2.70 seliter manakala harga diesel sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter berdasarkan formula subsidi atau diskaun 30 sen seliter daripada harga pasaran minyak mentah dunia.

    Pada 11 Jun lalu, Abdullah mengumumkan harga pasaran petrol dan diesel tidak akan dinaikkan lagi sepanjang tahun ini, sebaliknya akan dikurangkan mengikut formula sama jika harga minyak mentah di pasaran dunia turun.

    Abdullah berharap penurunan harga minyak mentah dunia akan berterusan supaya kerajaan dapat mengurang lagi harga runcit bahan api.

    Ditanya jika pengumuman itu akan dilihat sebagai gimik politik kerajaan bagi menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, Perdana Menteri berkata, keputusan itu sudah dibuat lebih awal.

    Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan sentiasa memastikan harga runcit minyak dalam negara sentiasa selaras dengan penurunan harga minyak mentah dunia.

    “Saya tidak suka untuk menyatakan jangka masa tertentu (untuk penurunan), kerana kita membincangkannya setiap minggu dan ia sentiasa dipantau. Perdana Menteri akan membuat pengumuman pada masa yang sesuai,” katanya selepas melancarkan program khusus pelajar Malaysia ke Universiti al-Azhar, Mesir dalam bidang pengajian Islam, di sini.

  • Advertisements

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: