Tindakan Pas jelas tak ikhlas


Oleh Anwar Hussin, Nazura Ngah, Amin Ridzuan Ishak dan Syuhada Choo Abdullah
bhnews@bharian.com.my

Umno tak akan bekerjasama parti hipokrit

KUALA LUMPUR: Tindakan Pas menolak mengadakan kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) jelas menunjukkan sikap tidak ikhlas parti itu memperjuang-kan Islam dan bangsa Melayu.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata Pas meletakkan pelbagai syarat untuk bekerjasama dengan Umno terutama melaksanakan hukum hudud dan qisas.

“Sekurang-kurangnya, kita tidak akan bekerjasama dengan parti hipokrit seperti Pas yang meletak pelbagai syarat, tetapi tidak mengenakan sebarang syarat apabila bergabung dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata: “Umno tidak terjejas sedikit pun kalau mereka tidak mahu bekerjasama kerana sebelum ini pun tanpa mereka, Umno mentadbir dengan baik dan tawaran Umno mahu bekerjasama dengan Pas di Perak hanyalah demi kebaikan rakyat negeri itu,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Menteri Melaka menyambut baik keputusan Pas untuk terus mengadakan perbincangan dengan Umno demi perpaduan Melayu dan Islam.

Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata terpulang kepada Pas membuat keputusan mengenai pelawaan mewujudkan kerajaan campuran itu.

“Lagipun kita tidak mengetahui perbincangan sebenar dalam mesyuarat mereka itu. Bagaimanapun, isu berkaitan agama Islam dan kepentingan Melayu masih boleh dibincangkan dalam perjumpaan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: