Setianya isteri seorang “desprado”


Thursday, 31 July 2008
Image ISTERI kepada Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail benar-benar seorang isteri yang setia yang sanggup berkorban apa sahaja untuk suaminya hingga ke saat paling genting. Kali ini beliau meletakan jawatan anggota Parlimen Permatang Pauh untuk memberikan laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding ketika suaminya itu berada di puncak kecemasan dan kehilangan keyakinan orang ramai dan penyokong- penyokongnya.

Siasatan polis mengenai kes liwat Anwar Ibrahim telah siap dan telah disampaikan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Jika beliau ditangkap sebelum pilihan raya kecil yang mahu ditandinginya itu maka beliau mempunyai modal besar untuk pasaran dalam negara dan luar negara. Modal ini tetap modal lama iaitu untuk menyekatnya menubuhkan kerajaan dan menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dalam keadaan panik, Anwar Ibrahim telah meminta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan supaya mengguna pakai peruntukan qazaf yang memerlukan pengadu mengemukakan empat orang saksi bagi kes liwat dan zina. Jika undang-undang syariah ini diamalkan di Malaysia maka tentunya tidak sahaja bakal Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim yang terselamat tetapi hakikat kebenaran akan terus memburu perbuatannya yang lampau. Memang kita perlu rujuk kepada undang-undang Islam tetapi hanya berpandukan saksi 4 orang bukan satu cara isolasi untuk menghukum bagi kesalahan rogol dan liwat.

Sesungguhnya negara tidak pernah menyaksikan betapa Anwar berada dalam keadaan yang amat gelisah, cemas dan terburu buru kecuali dalam kes kali ini sehingga beliau tergamak memburukkan Hospital Pusrawi.

Beliau mulanya di jangka akan bertanding di Kulim Bandar Baru tetapi oleh kerana kepanikan dan memerlukan isu besar untuk membela diri maka beliau mengambil keputusan meminta isterinya mengundurkan diri bagi bertanding di Permatang Pauh dengan alasan kes bantahan pilihan raya kawasan Bandar Baru akan mengambil masa yang panjang.

Anwar mempunyai masa yang singkat untuk mempertahankan dirinya di luar mahakamah. Dia seperti telah kehabisan ikhtiar. Sekiranya beliau di tangkap dan dituduh sebelum sempat bertanding dalam pilihan raya kecil itu maka dia akan mendapat simpati ramai dan tuduhan tuduhannya terhadap kerajaan akan dipercayai orang.

Rakyat mesti sudah dapat mempelajari taktik dan strateginya. Janganlah membiarkan diri kita terus diperbodohkan dari melihat masalah yang sebenar. Kita mesti dapat menjangkakan apa yang akan dilakukannya. Dia akan mengulangi lagu lama dalam irama baru. Irama pilihan raya kecil Permatang Pauh. Nyanyian ini akan disertai oleh pengikut-pengikut setianya Lim Kit Siang dari DAP dan Dr Hatta dari Pas.

Rakyat mestilah bersedia untuk di kondisi fikiran mereka oleh “desperado” politik yang sanggup untuk berbuat apa sahaja sebagai langkah terakhir untuk survival hidupnya.

Marilah seluruh umat Islam di negara ini berdoa kepada Allah SWT semoga negara ini tidak jatuh ke tangan mana pemimpin yang mengamalkan homoseksual. Kita memohon agar Malaysia terus berada di tangan orang yang percaya bahawa Allah Maha Mengetahui

ALLAH SELAMATKAN NEGARAKU.

malaysiahariini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: