Najib bidas sandiwara politik DAP


Laporan Khas dari Ismail Mat di Zambia

Tuntut ganti rugi RM4.7 bilion kerajaan Pulau Pinang tiada asas

LUSAKA: Datuk Seri Najib Razak menyifatkan usul kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP menuntut RM4.7 bilion daripada Kerajaan Pusat kerana membatalkan tiga projek mega di negeri itu sebagai mainan politik.

Timbalan Perdana Menteri berkata, kerajaan negeri itu tidak mempunyai asas untuk membentangkan usul berkenaan.

“Apa hak kerajaan negeri menuntut jumlah sedemikian. Saya anggap ini satu mainan politik,” katanya kepada wartawan Malaysia sebelum berlepas pulang ke tanah air setelah menghadiri Dialog Antarabangsa Global Selatan Afrika yang dianjurkan Zambia.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kelmarin meluluskan usul berkenaan yang dibentangkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menuntut RM4.7 bilion daripada Kerajaan Pusat sebagai ganti kerana membatalkan projek monorel, jalan lingkaran luar Pulau Pinang dan Empangan Mengkuang.

Lim berkata, pembatalan ketiga-tiga projek itu memberi kesan besar kepada usaha kerajaan negeri untuk menarik pelabur. Usul itu dibantah oleh ahli dewan daripada Barisan Nasional.

Sementara itu, peserta Dialog Antarabangsa Selatan Afrika (GSAID) 2008 di sini menyarankan agar semua negara mempunyai wawasan kebangsaan sendiri sebagai langkah mencapai kemajuan dan pembangunan.

Mereka bersetuju bahawa setiap negara harus merangka wawasan sendiri untuk memenuhi keperluan masing-masing. Malaysia diwakili Najib.

Najib berkata, peserta dialog berpendapat bahawa sebuah wawasan kebangsaan itu seharusnya menjadi wawasan yang dikongsi bersama dan diterima masyarakat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: