Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat


Monday, 28 July 2008

ImageMungkin minggu ini adalah minggu kesedaran politik orang Melayu. Minggu ini dan sebelumnya adalah minggu percubaan untuk menyatukan orang Melayu dari berlainan wadah menjadi satu. UMNO berbincang dengan PAS untuk mencari jalan sepakat dalam Islam dan Melayu.

Satu perkembangan yang menarik sehingga Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat mengeluarkan BOM politik – bubar PAS dan bubar UMNO. Sebelum ini Nik Aziz adalah antara mereka yang tidak mahu bermuzakarah dengan UMNO. Terpecahnya perjumpaan ini berlaku apabila Pak Lah mengumumkan bahawa sudah ada 3 perjumpaan antara UMNO dan PAS. Amat mengejutkan Pakatan Rakyat dan seolah-olah PKR dan DAP telah khianati oleh PAS. Nik Aziz juga terkejut namun dengan pengalaman politik maka satu kenyataan, bubar kedua-dua parti itu -menguji keikhlasan kedua-dua wadah itu dalam politik. Benar juga – “kenapa singgah kalau tidak masuk ke dalam hati ku”

Idea pembubaran ini tidak akan diterima. Kepimpinan politik UMNO bila ditanya, ada yang mengatakan ia tidak mustahil berlaku. Jawapan selamat tanpa mahu bercakap dengan memegang kepada hakikat semasa. Tidak akan dapat kecuali izin ALLAH SWT untuk mereka membubarkan kedua-dua parti tersebut. Ini tidak akan berlaku, bukan sekarang dan bukan 20 tahun akan datang. Ini sekiranya di ambil realiti politik hari ini, ia tidak akan berlaku. Namun semua itu terpulang, muzakarah memang baik, diskusi mengenai Islam dan Melayu memang baik. Dari hanya menghentam buta, kasar dan ganas baik buat seperti MCA – mengambil sikap yang teragak-agak dalam isu bangsa untuk menghentam DAP. Oleh sebab sikap begitu masyarakat Cina tidak nampak relevansi mengundi MCA lantas MCA tercicir sebagai pilihan rakyat pada PRU 12.

Tetapi kebesaran dan kejituan perhubungan dalam Barisan Nasional lebih nampak padat dari Pakatan Rakyat. Baru berbincang Karpal Singh telah meminta PAS di cadangkan di singgir dari Pakatan Rakyat. Karpal Singh mahu memutuskan cinta kontrak PAS dalam Pakatan Rakyat sedang MCA mengambil sikap lebih besar adalah untuk mendengar dahulu hasil perbincangan PAS dan UMNO. MCA mungkin secara zahir tidak mempersoalkan hubungan UMNO dan PAS atas dasar kepentingan Islam dan Melayu. Mungkin MCA lebih percaya Melayu juga perlu membangun dan persengketaan sesama Melayu bukan menguntungkan MCA malah merugikan Malaysia.

Namun sikap ini berbeza dengan Karpal Singh. Karpal Singh takut akan perhubungan antara Melayu biar berlainan parti politik dan Karpal Singh takut dengan Islam. Inilah yang menyebabkan Karpal terus bangkit dan mengeluarkan ugutan kepada PAS. Sebenarnya Karpal lebih dan terlampau sangat mencurigai Islam. Ini bukan asing dalam Pakatan Rakyat. Mereka seolah-olah takut, gerun dengan Islam dan mahu menghalang pertumbuhan Islam. KArpal lantang mendesak PAS menggugurkan perjuangan Islam.

Ini adalah hakikat jelas bahawa Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai haluan yang amat berbeza. Mereka tidak sepadan dan tidak secocok. Mereka dalam Pakatan Rakyat sebagai pinang di belah lapan. Penuh idealisme berbeza dan penuh dengan curiga-mencurigai. Islam bukan terhalang dengan garisan politik. Islam adalah agama dan agama ini adalah agama rasmi Malaysia. Nik Aziz dalam kenyataannya berkata – pemerintahan Islam adalah untuk semua tidak kira bangsa. Adakah ini punca Pakatan Rakyat terpisah – kerana parti mereka mempunyai agama masing-masing dan ahli turut menganuti agama parti mereka. Ini bukan sahaja menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat adalah Pakatan berpura-pura malah dalam Pakatan Rakyat ada yang mungkin anti Islam.

Apa pun keadaan – muzakarah mahu di teruskan. Adakah PAS sanggup membubarkan PAS dan adalah UMNO sanggup membubarkan UMNO? Adakah PAS mahu menjalinkan hubungan cinta baru dalam Islam dan Melayu? Sejauh mana Pakatan Rakyat akan menentang perhubungan muzakarah PAS dan UMNO? Maka masing-masing mempunyai andaian masing-masing. www.malaysia-hariini.com juga mempunyai andaian mereka. Berputik bunga dan jangan layu sebelum berkembang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: