Badruddin tidak pertahan jawatan


Oleh Johari Ibrahim
joib@bharian.com.my

3 tokoh Umno Kedah lepas kerusi bahagian

ALOR STAR: Seorang Ketua Bahagian dan dua Timbalan Ketua Bahagian Umno yang juga bekas wakil rakyat di Kedah mengesahkan tidak akan mempertahankan jawatan masing-masing pada pemilihan parti tahun ini.

Mereka ialah Ketua Umno Bahagian Jerai, Datuk Badruddin Amiruldin; timbalannya, Datuk Abdul Razak Hashim dan Timbalan Ketua Bahagian Pokok Sena, Datuk Abdul Rahman Ibrahim.

Badruddin mengumumkan pendiriannya ketika perasmian mesyuarat cawangan Umno bahagian secara berkelompok, Sabtu lalu, bagi membolehkannya menumpukan kepada tugas di Umno Pusat. Beliau adalah Timbalan Pengerusi Tetap Umno.

“Saya juga perlu menumpukan komitmen sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama),” kata bekas Ahli Parlimen Jerai itu.

Beliau berkata, selepas 15 tahun mengetuai Umno Bahagian Yan yang ditukar nama Jerai, sudah tiba masanya untuk memberikan laluan kepada pemimpin muda di bahagian itu.

Abdul Razak yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Guar Cempedak dari 1995 ke 2004 pula berkata, beliau akan terus berkhidmat menerusi Umno walaupun tidak akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian itu.

“Saya akan kekal sebagai Ketua Umno Cawangan Guar Cempedak dan akan terus berkhidmat walaupun tanpa jawatan di bahagian yang saya pegang 15 tahun,” kata bekas Exco itu.

Sementara itu, Abdul Rahman yang juga bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri pula tidak akan mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Umno bahagian Pokok Sena yang disandang sejak 2003 untuk memberi laluan kepada pemimpin baru.

“Saya yang dilantik sebagai Ketua Unit Penyelidikan dan Latihan Umno Kedah perlu menumpukan kepada usaha memantapkan Umno negeri untuk menghadapi pilihan raya akan datang,” kata bekas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: