Tengku Razaleigh ada formula atasi kenaikan harga minyak


KOTA BHARU: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah hari ini berkata beliau ada formula sendiri untuk mengatasi masalah kenaikan harga minyak dalam negara yang semakin menekan hidup rakyat Malaysia.

Katanya, beliau masih ada cara untuk kerajaan meringankan beban yang terpaksa ditanggung rakyat akibat lonjakan harga minyak dalam negara, tanpa perlu mengambil kira harga bahan api itu di pasaran dunia.

Sambil menegaskan ‘formula’ itu bukan mainan politik untuk meraih sokongan terutama di kalangan ahli Umno ketika beliau menawarkan diri sebagai calon Presiden parti pada pemilihan Disember ini, Tengku Razaleigh berkata apa yang diutamakan ialah kepentingan rakyat. Bekas Menteri Kewangan itu berkata harga minyak dalam negara boleh dikurangkan kerana harga minyak seperti petrol, diesel dan minyak pelincir ditentukan oleh kerajaan, walaupun harga minyak di pasaran dunia naik.

“Harga semasa ini boleh ditimbang semula selepas dirunding, bergantung kepada keadaan semasa,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Razaleigh berkata, Malaysia mempunyai ramai cerdik pandai yang pasti mampu memberi idea bernas untuk mengatasi masalah, terutama dalam membantu untuk membangunkan ekonomi negara.

“Malaysia juga boleh jemput pakar dari luar untuk beri idea atau pandangan jika tidak memiliki kepakaran dalam negeri dalam perkara-perkara tertentu, ini boleh dilakukan, semua untuk kebaikan rakyat,” katanya.

Beliau berkata dalam keadaan politik negara yang semakin tidak menentu, kepercayaan rakyat kepada pemimpin juga perlu dikembalikan semula.

Beliau berkata, wujud satu sentimen ketika ini yang mahukan Perdana Menteri dari kalangan pemimpin dari Pantai Timur untuk membawa pembangunan dalam negara dengan pantas.

“Sepanjang saya menjelajah di kawasan Pantai Timur di Kelantan, Terengganu dan Pahang saya mendengar ramai pihak yang menyatakan bahawa mereka mahukan Perdana Menteri dari Pantai Timur,” katanya.

Razaleigh berkata perkara yang paling penting adalah pemimpin yang dipilih itu perlulah mempunyai matlamat yang ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat bagi memastikan negara terus kekal aman dan maju. — berita harian

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: