Petra-Saiful dan tuduhan


ImageMASING-MASING membuat tuduhan. Seorang menuduh Timbalan Perdana Menteri terlibat dalam kes bunuh Altantuya dan seorang menuduh Bekas Timbalan Perdana Menteri meliwat beliau. Namun dalam senario ini pembangkang atau Pakatan rakyat menunjukkan sikap yang amat tidak adil apabila Raja Petra dianggap sebagai hero – walaupun dengan tuduhan dan Saiful dianggap sebagai pengkhianat – juga kerana membuat tuduhan.

Ini benar menunjukkan sikap penyokong Pakatan Rakyat khususnya penyokong Anwar Ibrahim yang tidak realistik. Dalam semua pertuduhan ini kerajaan mengambil langkah yang lebih liberal untuk membenarkan polis bagi membuat siasatan seadilnya dalam kedua-dua kes. Siasatan adalah untuk keadilan dan siasatan adalah untuk mengadili mereka baik yang menuduh dan di tuduh. Adakah ini satu kesalahan yang hari ini dipimpin oleh Pak Lah?

Apa yang perlu kita lakukan adalah untuk membenarkan Polis menjalankan siasatan seadilnya dan tidak mengeruhkan keadaan dengan demonstrasi – demonstrasi ganas yang tidak menguntungkan mana-mana pihak. Kita tidak melihat penyokong UMNO khususnya penyokong Najib berarak sewaktu beliau di tuduh dan isteri beliau diminta memberi keterangan kepada polis.

Kita tidak melihat UMNO, penyokong UMNO berdemonstrasi menentang apa yang di buat oleh penyokong Pakatan Rakyat dalam isu-isu yang menghina kepimpinan negara. Semuanya adalah berasaskan pertuduhan dan sikap menuduh hari ini telah menjadi seolah-olah satu keputusan bersalah bagi penyokong Pakatan Rakyat. Apa salahnya kalau kita membenarkan polis melakukan apa yang sebaik mungkin.

Malangnya hari ini, Polis turut menjadi mangsa dengan tuduhan-tuduhan oleh Ketua UMUM Pakatan Palsu Rakyat. Pertuduhan itu menyebabkan Ketua Polis sendiri di siasat oleh BPR dan polis.

Politik Malaysia hari ini amat bercelaru. Kalau bilau seakan di undang dan penyokong Pakatan Rakyat seakan merestui situasi ini, seakan mahu menangguk di air keruh dan mahu memperoleh sesuatu keuntungan dari kemelut yang mereka keruhkan. Ini sebenarnya memudaratkan negara ini dan tindakan ini boleh diibaratkan sebagai satu pengkhianatan terhadap negara.

Tindakan kebijaksanaan rakyat adalah dituntut. Kita seharus percaya kepada sistem yang ada hari ini. Kita perlu percaya bahawa apa yang dilakukan adalah yang terbaik untuk keselamatan dalam negara kita ini. Kita tidak mahu kekecohan politik akan menyebabkan keuntungan kepada pihak-pihak yang sentiasa menunggu runtuhnya sistem Malaysia.

Kebijaksanaan ini perlu ada, agar perkara tuduh menuduh diselesaikan dengan cara yang paling efektif. Kita tidak mahu Malaysia runtuh kerana penyokong yang tidak tahu menilai dan gagal melihat keperluan menjaga kemakmuran dalam negeri. Kita perlu percaya dan penyokong Anwar Ibrahim juga perlu percaya bahawa sistem pemerintahan hari ini di bawah Abdullah Badawi yang membebaskan Anwar dari tuduhan liwat.

Untuk itu sebenarnya ktia perlu mengkaji keadaan – adakah apa yang dilakukan oleh Raja Petra Kamaruddin, Saiful Bukhari dan Anwar Ibrahim berbeza? Mereka semua membuat tuduhan. Tuduhan yang sebenarnya perlu disiasat secara terperinci bukan untuk dijadikan sentimen politik, membangkitkan ketidakstabilan masyarakat dalam negara sehingga menjejas kedudukan ekonomi. Kita perlu bertindak matang – memberi peluang kepada polis untuk melakukan tugas mereka. Bertenanglah – kebenaran pasti ada.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: