Detik-detik Kebangkitan Malaysia di Mata Dunia

Detik-detik Kebangkitan Malaysia di Mata Dunia

Kebolehan Negara Dipimpin Mengikut Acuan Sendiri

Negaraku,Malaysia telah mencapai tahap yang amat membanggakan dari segi kemajuan ekonomi,sosial,politik,pentadbiran,komunikasi dan lain-lain lagi.Kemajuan ini terbina oleh hasil usaha gigih pemimpin-pemimpin yang terdahulu dan sekarang yang tidak pernah kenal erti jemu serta tabah dalam menghadapi segala kesulitan.Keupayaan para pemimpin negara dalam mentadbir negara mengikut acuannya sendiri amat aku kagumi.Formula yang digunakan untuk mentadbir negara ini telah mendatangkan hasil yang perlu disyukuri oleh semua pihak. Di bawah ini adalah bukti-bukti bahawa negaraku yang kucintai ini telah membuka mata dunia akan keupayaan serta kepakaran negaraku dalam pelbagai bidang.

[Bukti Pertama]
Kepakaran dari segi pembuatan kereta dan motorsikal
Pada dekad 80-an,Malaysia merupakan sebuah negara yang baru pulih daripada kegawatan ekonomi dan masih berada di dalam kalangan negara membangun dunia.

Pelbagai usaha dilaksanakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara industri.Dr. Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia telah bercita-cita untuk mengeluarkan kereta buatan sendiri.Cita-cita beliau telah menimbulkan perasaan tidak yakin dan ragu-ragu di kalangan rakyat.Ini kerana pada masa itu,kepakaran Malaysia dalam bidang pembuatan kereta amat terhad.

Bagi mengatasi masalah kekurangan kepakaran,Malaysia telah berkongsi pengalaman dengan negara Jepun bagi mengeluarkan kereta sendiri.Perkongsian kepakaran ini telah membuahkan hasil.Pada tahun 1985,maka muncullah kereta pertama negara yang diberi nama Proton Saga.

Pelancaran Proton Saga

Kewujudan Proton Saga yang dipertontonkan kepada umum melalui kaca televisyen serta media-massa yang lain,telah membuka mata rakyat bahawa Malaysia mampu mengeluarkan kereta buatan sendiri.Ramai orang berasa kagum dengan kejayaan Dr. Mahathir merealisasikan kereta buatan Malaysia itu.

Hingga kini negara telah mengeluarkan pelbagai jenis kereta Proton Saga yang diberi nama seperti Iswara,Satria,Perdana dan Wira.Kejayaan ini membanggakan rakyat Malaysia.Selain itu juga Malaysia telah mengeluarkan motosikal buatan sendiri yang diberi nama Kriss dan Jaguh.Pencapaian Malaysia mengeluarkan kereta dan motorsikal sendiri telah membuka mata dunia akan kebolehan rakyat Malaysia itu sendiri.

[Bukti kedua]
Dasar penswastaan dan persyarikatan
Bagi mengimbangi ekonomi negara dengan rakyat,dasar penswastaan dan persyarikatan telah dilaksanakan.Dasar penswastaan ini penting untuk menjadikan sesuatu perkhidmatan menjadi lebih baik dan tidak perlu bergantung dengan kerajaan.Contoh badan-badan perkhidamatan yang telah diswastakan ialah Jabatan Tenaga Nasional yang kini dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad,Jabatan Telekom Malaysia yang kini dikenali sebagai Telekom Malaysia,Permodalan Nasional Berhad dan lain-lain lagi.Dasar penswastaan dan persyarikatan ini secara tidak langsung memberi peluang kepada rakyat untuk mentadbir sesuatu organisasi dengan lebih cekap,cepat dan efisien.Secara tidak langsung,dasar ini memberi keyakinan kepada rakyat untuk mentadbir dengan lebih baik setanding dengan negara-negara lain.

[Bukti ketiga]
MSC logoKampung global

Abad ke- 21 menjanjikan permintaan dan cabaran yang tinggi dalam bidang telekomunikasi.Pembangunan prasarana telekomunikasi negara dianggap memasuki era kritikal terutamanya ketika Malaysia sedang memperkemaskan diri sebagai pusat teknologi maklumat yang canggih.Melihat kepada keupayaan dan keberkesanan telekomunikasi tersebut,Malaysia sendiri telah mewujudkan KLCCKoridor Raya Multimedia (MSC) kira-kira empat tahun yang lalu.MSC diharap dapat menjadi jambatan global yang menghubungkan negara kita dengan era maklumat.Putrajaya yang baru dirasmikan oleh Perdana Menteri pada Julai 1998 beroperasi sebagai kerajaan elektronik yang menghubungkan terus dengan negara ASEAN,Amerika Utara,Eropah dan Jepun.dalam sistem perkhidmatan awam juga turut mengalami penyusunan semula dengan membolehkan setiap warganegara berinteraksi secara langsung dengan kerajaan.Agensi-agensi kerajaan secara langsung melalui kemudahan Teknologi Maklumat.Pembinaan pusat Bandaraya Pintar (CyberJaya) dan Pusat Pentadbiran Negara di Putrajaya,Dengkil,Selangor amat tepat pada masanya ketika negara menuju ke alaf baru.Ia adalah sebahagian daripada projek Multimedia Supercorridor (MSC).Antara objektif penubuhan MSC ialah ianya sebagai pusat teleperubatan elektronik,sekolah bestari,pusat pembangunan dan penyelidikan,pusat pemasaran tanpa sempadan dan tempat penggunaan kad pintar.Bangunan Kuala Lumpur City-Centre (KLCC) yang ada sekarang menjadi penghubung di antara bandar Kuala Lumpur denagan Cyberjaya di Dengkil,Selangor.Untuk memajukan sistem komunikasi penyiaran radio televisyen negara ini maka wujudlah Menara Kuala Lumpur .Menara ini adalah bangunan tertinggi Asia keempat dunia.Ketinggiannnya ialah 421 meter.FungsinyaMenara Kuala Lumpur sebagai stesen transmisi bagi telekomunikasi kita.Pembinaan Menara Kuala Lumpur di atas Bukit Nenas dirasakan amat penting oleh pemimpin negara iaitu Dr. Mahathir.Beliau merasakan bahawa pada masa depan rakyat memerlukan kepantasan dari segi komunikasi.Pencapaian kemajuan sesebuah bangsa diukur berdasarkan kepada penguasaan teknologi seperti maklumat.

Kini rakyat Malaysia boleh berbangga dengan kemajuan yang telah dicapai.Rakyat Malaysia tidak perlu berasa rendah diri dengan negara lain kerana negara kita setanding dengan negara maju dan perlu diiktiraf oleh mereka sebagai yang terbaik.Ini bukanlah perkara untuk menunjuk-nunjuk tetapi adalah sebagai dorongan untuk rakyat Malaysia bahawa mereka sekarang boleh melakukan apa sahaja untuk berjaya.Syabas!!

Kebolehan rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang

Sekarang rakyat kita perlu berbangga dengan diri kita sendiri bahawa kita adalah rakyat yang boleh berjaya dalam segala bidang jika diberi peluang.rakyat kita sekarang boleh berdiri sama tinggi,duduk dama rendah dengan bangsa-bangsa lain di dunia.

Buktinya lihatlah para pemimpin kita,Dato’ Seri Dr. Mahathir yang begitu lantang menyuarakan pendapat yang bernas di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB).Kebanyakan pemimpin-pemimpin dunia kagum dengan keberanian pemimpin kita ini.

Bukti lain pula ialah kebolehan rakyat Malaysia dalam pelbagai bidang.Contohnya beberapa anak Malaysia telah berjaya menaiki gunung yang tertinggi di dunia iaitu Gunung Everest.Nama-nama seperti Magendran dan Mohandas adalah tersenarai dalam buku lipatan sejarah negara.

Adik beradik Read tidak kurang hebatnya apabila berjaya menawan Kutub Utara.Kesejukan yang tidak terhingga dapat diharungi dengan tabah oleh adik-beradik Read ini.

Datuk Azhar Mansur juga tidak kurang hebatnya.Pelayaran beliau mengelilingi dunia secara solo melambangkan disiplin yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia.Pelayaran Datuk Mansur ini patut menjadi contoh kepada generasi sekarang dan masa depan untuk mendisiplinkan diri dengan lebih baik lagi dalam melakukan sesuatu perkara untuk berjaya.

Kesimpulannya kita mestilah berfikiran positif,kental,berdisiplin dan menyerahkan takdir kepada Tuhan apabila telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.Kita tidak perlu merasa kecewa apabila gagal dalam sesuatu perkara tetapi berusaha dengan lebih gigih lagi untuk menjadi bangsa yang maju di dunia.

Teruskan usaha,pasti berjaya!!

Malaysia Boleh!


One Response to “Detik-detik Kebangkitan Malaysia di Mata Dunia”

  1. saya juga merasa amat bangga kerana dapat menjadi rakyat malaysia.Ini kerana negara kita mempunyai rakyat berbilang kaum dan hidup aman sentosa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,176 other followers

%d bloggers like this: