BENTUK NEGARA

MONARKI

Negara yang pemerintahnya dikuasai oleh golongan raja dan sultan serta kaum kerabatnya.
Mereka memonopoli kuasa eksekutif.
Tahta kerajaan diwarisi secara keturunan
Contoh negara; Arab Saudi, Kuwait dan Brunei Darus Salam.

REPUBLIK

Negara yang tidak menjadikan raja sebagai ketua negara.
Kebanyakan negara republik moden, ketua negara terletak di bawah seorang Presiden.
Presiden merupakan golongan rakyat biasa.
Negara republik mengamalkan sistem kerajaan demokrasi. Iaitu presiden dilantik dalam pungutan suara atau pilihan raya.
Contoh negara; Amerika Syarikat, Filipina, Sri Lanka, Peranchis, Portugal, Taiwan, Pakistan, India dan Singapura.
Di kebanyakan negara republik, tempoh pemerintahan seseorang presiden itu dihadkan antara empat tahun hingga enam tahun atau selama satu penggal.
Dalam konteks negara republik pada hari ini ada dua jenis pemerintahan presiden.

1. Sistem Presiden sepenuhnya.
a. Presiden sebagai ketua kerajaan dan ketua negara
b. Presiden bertanggungjawab untuk memerintah negara
c. Presiden dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihan raya.
d. Contoh negara; Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia, Mexico dan Korea Selatan.

2. Sistem Separa Presiden.
a. Presiden hanya sebagau ketua negara.
b. Ketua Kerajaan di bawah seorang Perdana Menteri
c. Kedua-duanya terlibat dalam mentadbir negara tetapi dalam bidang kuasanya
diasingkan.
d.Contoh negara; Peranchis, Sri Lanka, Portugal, Taiwan, Rusia dan Peru.

DEMOKRASI

Negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
Wakil-wakil rakyat yang dipilih mewakili parti yang bertanding dalam pilihan raya tersebut.
Parti yang menang dan berhak membentuk kerajaan adalah parti yang mendapat undian majoriti daripada rakyat.
Berasaskan “kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat”

Ciri-ciri sebuah negara demokrasi ialah;
1. Menjamin hak asasi rakyatnya
2. Rakyat bebas untuk bersuara dan enyatakan idea
3. Pilihan raya bebas diadakan untuk memilih kerajaan.
4. Rakyat yang mencapai had umur tertentu berhak untuk menajdi pemilih dan
bertanding dalam sesuatu pilihan raya.
5. Pengundian dibuat secara sulit
6. Kemenangan sama ada calon atau parti bergantung kepada bilangan undi serta
kerusi yang dimenangi dalampilihan raya.
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.
Terdapat dua jenis pemerintahan di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

a. Raja Berperlembagaan
Contoh; Malaysia, Britain, Negara Thai dan Jepun
Raja adalah simbolik sahaja.
Raja adalah ketua negara

b. Republik
Contoh; Singapura, Filipina, India, Amerika Syarikat
Tidak mempunyai raja.
Ketua negara ialah presiden.
Kuasa presiden bergantung kepada sistem yang diamalkan di negara tersebut.
Umpamanya di Singapura dan India, jawatan presiden hanya simbolik sahaja.

AUTOKRASI

Negara yang yang diperintah oleh seseorang diktator yang berkuasa mutlak.
Pemerintah biasanya menggunakan kekerasan, paksaan dan ugutan untuk mengekalkan kekuasaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 1,171 other followers

%d bloggers like this: