‘Tidak sabotaj pembangkang’
BINCANG SESUATU: Abdullah dan Najib berbual dengan pemimpin BN selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN, di Kuala Lumpur, semalam. |
Anwar wajar minta penyokong tak adakan demonstrasi jalanan: Abdullah
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak dakwaan kononnya kerajaan cuba mensabotaj parti pembangkang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu atas tuduhan liwat.
Perdana Menteri berkata, tarikh pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam dan siasatan serta pendakwaan kes liwat terhadap Anwar itu adalah perkara berbeza, yang kedua-duanya dibuat mengikut proses undang-undang.


