Dasar Ekonomi Baru ( DEB )
Latarbelakang
Dilihat dari perspektif sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan masyarakat secara ‘plural’ melalui amalan ‘pecah’ dan perintah. Pihak British telah menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan perladangan.
Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar.
Selepas mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan masih berterusan.
Rasional
Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin.Dari jumlah semua keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar. Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah saperti berikut:
|
Kaum |
Kadar Kemiskinan ( % ) |
Pendapatan Purata Keluarga Sebulan ( RM ) |
|
Malayu |
64.8 |
172.00 |
|
Cina |
26.0 |
392.00 |
|
India |
39.2 |
304.00 |
|
Lain-lain |
44.8 |
813.00 |
|
Pemilikan |
Jumlah Pemilikan |
% |
|
|
|
( RM Juta ) |
|
|||
|
1. |
Bumiputera Perseorangan dan Agensi Amanah |
279.6 |
4.3 |
|
|
|
a) |
Bumiputera Perseorangan |
168.7 |
2.6 |
|
|
b) |
Agensi Amanah |
110.9 |
1.7 |
|
2. |
Bukan Bumiputera |
2233.2 |
34.0 |
|
|
3. |
Warganegara Asing |
4051.3 |
61.7 |
|
|
|
Jumlah : |
6564.1 |
100.0 |
|
Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah seperti berikut:
|
|
Sektor-sektor |
Melayu |
Cina |
India |
Lain-lain |
|
1. |
Pertanian |
67.6 |
19.9 |
11.5 |
1.0 |
|
2. |
Perlombongan |
32.1 |
58.7 |
8.5 |
0.7 |
|
3. |
Perniagaan/Perdagangan, Pentadbiran Awam, Pelajaran, Pertahanan dan kemudahan awam |
42.6 |
45.5 |
10.7 |
1.2 |
|
|
|
|
|
|
Objektif
Matlamat-matlamat konsep warisan bersama yang disuarakan oleh Malaysia ialah:-
- Bahan-bahan Antartika digunakan untuk faedah manusia.
- ‘Ecology’ dan alam sekitar dipertahankan.
- Kerjasama dan penyelarasan antarabangsa dalam kajian saintifik dan lain-lain.
- Antartika digunakan untuk menggalakkan ‘disarmament’, ‘denuclearisation’ dan ‘demilitarisation’.
Strategi Pelaksanaan
|
Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru adalah disusun dan dijalankan menerusi strategi serampang dua mata: |
||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||
|
Membasmi kemiskinan |
||||||||||||||||||||||||||||||
|
Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada aktiviti pertanian tradisional. Usaha telah dijalankan untuk menyelesaikan masalah sosial ekonomi dan projek pembangunan telah dirangka supaya: |
||||||||||||||||||||||||||||||
|
||||||||||||||||||||||||||||||
|
Penyusunan Semula Masyarakat |
||||||||||||||||||||||||||||||
|
Adalah menjadi hasrat kerajaan supaya menjelang tahun 1990 pemilikan saham / ekonomi Malaysia akan melambangkan komposisi kepentingan kaum di negara ini, di mana penyertaan Bumiputera sebanyak 30%, 40% bukan Bumiputera dan 30% terdiri dari pelabur-pelabur luar negeri. |
||||||||||||||||||||||||||||||
|
Dalam mencapai matlamat penyusunan semula Dasar Ekonomi Baru, strategi berikut telah disusun : |
||||||||||||||||||||||||||||||
|
Penutup
Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.





