MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA

Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.
« DAP: Bukan Islam dipaksa ikut cara Islam
Usul potong RM10 gaji AG, ketua SPRM ditolak »

Zaid Ibrahim tidak akan keluar PKR…Mustafa Kamil Ayub bagi tempoh 48 jam batalkan pemilihan

Oleh: HELME HANAFI

 

LAPORAN SIDANG AKHBAR DATUK ZAID IBRAHIM DI RUMAHNYA DI TROPICANA DEKAT PETALING JAYA 11 PAGI SELASA – hadir sama di sidang akhbar itu ialah seorang lagi calon Timbalan Presiden PKR, Mustafa Kamil Ayub.

Calon Naib Presiden N Gobalakrishnan yang juga Ahli Parlimen Padang Serai, Kedah ada dalam rumah itu tetapi tidak sertai sidang akhbar. Zaid antara lain menegaskan beliau TAK AKAN KELUAR PKR.

Katanya kenapa beliau perlu keluar parti. Menurut Zaid beliau hanya menyuarakan rasa tidak puashati akar umbi terhadap kepincangan pemilihan PKR. Dakwanya hanya puak Azmin Ali sahaja yang puashati dengan proses pemilihan.

Mustafa pula memberitahu ada 162 aduan terhadap Jawatankuasa Pemilihan Parti. Beliau memberi tempoh 48 jam supaya parti batalkan pemilihan jika tidak akan mengambil tindakan lebih tegas.

Menurut Zaid mereka mempunyai bukti lengkap tentang kong kalikong dalam proses pemilihan. Ia dalam bentuk video, gambar dan lain-lain.

Katanya ia akan diserahkan kepada parti.

Beliau juga menegaskan jika PKR nak buat ‘reform’ Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin harus keluar dari parti.

Dakwanya merekalah punca masalah dalam parti itu. Zaid juga dengan nada sinis dan tertawa mendakwa Anwar ada banyak masalah peribadi. Beliau tidak menyebutnya.

Azmin pula ada banyak isu.

Katanya Anwar harus lepaskan kepimpinan PKR manakala Azmin tarik diri dari pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.

TANGGUH DAN DIJALANKAN SEMULA PEMILIHAN


KEMASKINI
Isu utama yang menyelubungi PKR adalah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) yang diberi tanggungjawab menjalankan pemilihan itu berat sebelah, kata calon Timbalan Presiden PKR, Mustapa Kamil Ayub.


Menurutnya, ada bukti menunjukkan ahli JPP yang mengendalikan pemilihan merupakan pegawai kepada calon yang bertanding.


Jadi kata naib presiden PKR itu, bagaimana hendak memastikan pemilihan tersebut adil sedangkan ahli JPP sendiri tidak bebas dan berkecuali.


“Sebab itu, kita tuntut pemilihan ini ditangguhkan dan dijalankan semula, selepas memastikan pegawai-pegawai yang mengendalikan pemilihan benar-benar mampu menjalankan tugas mereka,” kata beliau.


Beliau membuat kenyataan tersebut dalam sidang media di rumah Datuk Zaid Ibrahim yang mengumumkan menarik diri dari bertanding jawatan nombor dua PKR itu semalam.


Mustapa yang berulang kali mengatakan beliau merupakan ahli sejak 12 tahun lalu turut akan menghantar memorandum khas meminta pemilihan PKR kali ini ditangguhkan.


MEMO DESAK TANGGUH PEMILIHAN


Memorandum tersebut dipercayai mengandungi bukti-bukti yang menunjukkan bagaimana penipuan berlaku dalam pemilihan PKR.


Dipercayai antara bukti yang dikumpul adalah rakaman video, foto-foto, kad ahli yang digunakan oleh orang lain dan macam-macam lagi.


Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Zaid mengemukakan bukti berlaku penyelewengan dalam pemilihan itu.


ANWAR HILANG SENTUHAN AKAR UMBI


Zaid yang menjawab desakan Anwar itu berkata, adalah
malang jika Anwar tidak menyedari berlaku penyelewengan selepas dua bulan pemilihan dijalankan.


“Kalau benar dia tak tahu maknanya beliau hilang sentuhan akar umbi,” kata Zaid.


Ditanya adakah beliau akan menunjukkan bukti penyelewengan PKR kepada media, kata Zaid, beliau tidak akan berbuat demikian pada waktu ini.


“Kita akan serahkan bukti penyelewengan itu kepada kumpulan yang bebas dan berkecuali seperti NGO Bersih, “katanya.


Zaid juga mahu Anwar dan Azmin Ali supaya berundur.


“Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam PKR),” kata Zaid.

” I’M GOOD LEADER TOO,”


Apabila diminta wartawan mengulas lanjut kenyataannya, Zaid berkata Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR yang sedang berlangsung manakala Anwar pula harus berundur dari kepimpinan parti.

“Saya berpendapat Anwar mempunyai banyak sangat isu peribadi dan Azmin juga mempunyai banyak isu. (Azmin) perlu banyak lagi belajar,” katanya.

 

Ditanya wartawan, siapa yang patut ambil alih kepimpinan PKR jika Anwar dan Azmin berundur, balas Zaid, “I’m a good leader too,” katanya ketawa.

 


Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu turut menambah, perubahan kepimpinan parti perlu dilakukan jika PKR mahu kekal relevan dalam politik negara.

- 9/11/2010


Zaid tidak mungkin mahu ‘mati katak’….

 

Teka teki yang paling hangat berlegar sekarang ialah apakah langkah Datuk Zaid Ibrahim seterusnya setelah menarik diri daripada pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR dan letak semua jawatan dalam parti itu.

Satu dunia tahu menerusi tindakan itu beliau sudah membakar hangus jambatan salitulrahimnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim & dan geng yang menguasai PKR.

Zaid tentu tahu risiko yang dihadapinya. Yang pasti beliau kini sudah tidak ada tempat lagi dalam parti itu yang pernah menyanjungnya setinggi langit sewaktu menjadi ayam tambatan dalam pilihanraya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor dahulu.

Namun mengenali rentak mainan politiknya… pimpinan PKR juga boleh menjangka Zaid tidak mungkin mahu mati katak begitu sahaja.

Mahu tak mahu mereka kena segera memperkuatkan kubu mereka untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.

Kalau Zaid tetap dengan stailnya yang dulu, kini dan selamanya banyak yang bakal dilondehnya di khalayak ramai untuk mempertahankan dakwaannya mengenai ‘kong kalikong’ dalam pemilihan jawatan utama PKR.

Besar kemungkinan Zaid akan melakarkan arah tujunya selepas ini pada satu sidang akhbar yang akan diadakan jam 11 pagi ini di rumahnya di Tropicana dekat Petaling Jaya.

Semua orang menanti untuk mendengar adakah sesuatu yang meletup bakal muncul dari sidang akhbar itu.

Sementara itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para pimpinan PKR yang rapatnya ketika ditemui cuba downplay tindakan Zaid itu sebagai tindak tanduk orang yang tidak dapat menerima kekalahan daripada undi dalam pemilihan yang diterima setakat ini khususnya dari Sabah hujung minggu lepas.

Anwar sendiri meminta Zaid membuktikan dakwaannya mengenai kepincangan dan penyelewengan dalam pemilhan jawatan PKR.

Beliau yang ditemui di lobi Parlimen berkata dalam pemilihan demokratik pasti ada yang menang dan yang kalah.

Seorang Ahli Parlimen PKR yang tidak mahu disebut namanya ‘menyambut baik’ pengumuman Zaid dan menyifatkannya akan menyelesaikan ‘satu bab orang yang bermasalah dalam parti.’

Beliau mendakwa Zaid menggunakan alasan dakwaan kepincangan dalam pemilihan untuk membuat exit (langkah keluar) yang glamour.

Katanya trendnya sama semasa beliau bertindak keluar dari UMNO dahulu.” Dia pandai cari alasan yang bikin gempar agar nampak dirinya hebat,” katanya yang menilai hal Zaid ini kacang putih sahaja.

Baginya Zaid kini terkontang kanting dan akan lenyap begitu sahaja.-8/11/2010

 

 



Zaid Ibrahim ‘lepas bom’…tarik diri tanding Timbalan Presiden PKR dan letak semua jawatan

Datuk Zaid Ibrahim buat kejutan pagi Isnin dalam suasana politik yang tenang-tenang selepas kehangatan pilihanraya kecil Galas dan Batu Sapi.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi bekas Menteri Dijabatan Perdana Menteri itu umum menarik diri dari pemilihan jawatan Timbalan Presiden PKR.Serentak dengan itu beliau letak semua jawatan yang disandangnya dalam parti itu.

Zaid tidak menyebut beliau akan keluar dari itu atau tidak.Namun katanya beliau akan kekal bergiat dalam pembangkang.

Keputusan ini dibuatnya kerana pimpinan PKR tidak mengambil langkah untuk betulkan apa yang didakwanya kepincangan dan penyelewengan dalam pemilihan parti itu setelah beliau membangkitkannya.

Kata Zaid beliau yakin mana-mana parti politik yang hipokrit dan punyai nilai palsu sebegitu tidk akan dapat membuat reform yang bermakna untuk rakyat negara ini.

“Saya kecewa,”katanya.

Beliau dengan ayat yang bernada sinis berkata,” saya harap para peminat Anwar Ibrahim tidak lagi akan anggap saya sebagai spoiler yang menyekat perarakan mereka ke Putrajaya.Saya harap yang terbaik bagi mereka.”

Zaid sebelum ini pernah membuat kenyataan meminta pemilihan parti ditangguhkan kerana dakwanya wujud beberapa hal yang meragukan.

Minggu lalu seorang lagi calon Timbalan Presiden,Mustapha Kamil Ayub membuat desakan sama.

Dalam pemilihan jawatan utama parti itu yang masuk minggu ketiga,Zaid kini berada dikedudukan nombor dua selepas Azmin Ali.

Ekoran langkah Zaid menarik diri,Azmin akan melalui jalan amat mudah untuk dinobatkan sebagai Timbalan Presiden mengenangkan Mustapha adalah calon lightweight.

Sementara itu Azmin yang ditemui wartawan di luar sidang Dewan Undangan Negeri Selangor di Shah Alam menyifatkan pengumuman Zaid satu keputusan peribadi.

Katanya sungguhpun Zaid mengumumkan menarik diri daripada bertanding dalam pemilihan parti, semua pihak di dalam PKR harus menerima pemilihan yang telah dibuat oleh anggota parti khususnya dari Sabah, dalam menentukan kepimpinan parti itu hujung minggu lepas.

“Ini adalah satu proses demokrasi dalam parti yang harus diterima oleh calon yang bertanding dalam parti. Pemilihan akan berterusan dan saya yakin anggota parti dapat melihat ia sebagai satu proses demokrasi dalam parti,” kata Azmin.

Mengenai peluangnya untuk memenangi pertandingan itu yang kini menjadi pertandingan satu lawan satu dengan Mustafa,beliau enggan membuat sebarang spekulasi kerana masih ada lagi cabang yang belum selesai bermesyuarat.-8/11/2010


Pengumuman Zaid yang disiarkan dalam laman blognya:

 

Withdrawal from Deputy President contest

I wish to announce my withdrawal as a candidate from the contest of Deputy President of Parti Keadilan Rakyat and my resignation from all posts held in the party.

I was offered to join this party under the belief that I could promote enlightened and progressive politics; nurture and develop principled political values and culture that I consider indispensable to the development of democracy and good governance in this country. I was mistaken.

Over the course of the party elections, events have shown that the leadership actively condones malpractices and electoral fraud to achieve its designed objectives. I am certain that any political party with such hypocritical and false values will not be able to offer meaningful reforms to the people of this country.

I have made this decision because there is no attempt on the part of the party leadership to address the various issues of manipulation and unfair electoral practices, although these issues were raised repeatedly.

I wish to thank all the members who have supported me and placed their faith in the cause of reform. It is of utmost disappointment that I am unable to continue in this flawed election process. I remain committed to the Opposition’s cause and will continue to speak about the issues of the common people. Together, we will continue our unabated struggle towards a better government for the people.

Finally, I hope those adoring fans of Anwar Ibrahim will no longer regard me as a “spoiler” standing in the way of their march to Putrajaya. I wish them well.

 

ZAID IBRAHIM

MONDAY, 8 NOVEMBER 2010

 

 

 

 

 

5.817576 100.496898

Share this:

  • StumbleUpon
  • Digg
  • Reddit

Like this:

Like
Be the first to like this post.

Catatan ini telah dibuat pada 10 November 2010 pada 11:44 di bawah MEDIA . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed Anda boleh catatkan maklumbalas, atau trackback daripada laman anda.

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Fill in your details below or click an icon to log in:

Gravatar
WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. ( Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. ( Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. ( Log Out / Tukar )

Batal

Connecting to %s

Blog di WordPress.com. Theme: Black-LetterHead by Ulysses Ronquillo.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Powered by WordPress.com