PAS Persendakan agenda bangsa Melayu
Kerajaan Perpaduan akhirnya berjaya dikengkang oleh PR apabila mereka telah membuat keputusan bahawa tiada rundingan mengenai pembelaan kepada bangsa Melayu akan berlaku antara UMNO dan PAS. Cadangan yang dicadangkan oleh Presiden Parti PAS , Hj Hadi Awang sememangnya mendapat tentangan oleh Nik Aziz sebelum ini jelas membayangkan betapa PAS ditekan oleh DAP dan PKR.
Mereka juga menanam kan lebel bahawa parti PAS yang kononnya memperjuangkan Islam boleh ditarik hidung kerana PAS adalah merupakan sebuah parti yang lemah dalam pakatan ini. Jelas sekarang bahawa PAS tidak lagi berjuang untuk memperjuangkan hak bangsa Melayu dan agama Islam tetapi sanggup duduk dalam kelompok yang lebih mementingkan kuasa.
Pengundi di Manek Urai sepatutnya memberikan pesanan kepada pemimpin Pas dengan menolak parti ini Manlk Urai sepertimana pengundi Melayu yang kini sudah menolak PR dalam dua pilihan raya kecil yang lepas,Kini kita boleh membuat kesimpulan bahawa kita perlu berpaut kepada UMNO untuk memperjuangkan hak Melayu, Sesuai denganb nama UMNO (United Malays National Organasation
Kenyataan Mahfuz dengan analogi bahawa ‘UMNO kini kehilangan tabung oksigen’ apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pembangkang menampakkan betapa pemimpin PAS mulai riak dan takbur. Mereka menyangkakan bahawa UMNO dan BN hanya bergantung kepada Isu ini untuk meraihsokongan. Sebenarnya UMNO telus dengan perjuangan orang Melayu dan bersedia semeja dengan mana mana pihak demi memperjuangkan bangsa Melayu seandai nya mereka serious dan benar-benar mahu berbincang mengenai agenda Melayu.
Jelas PAS hanya menganggap isu ini sebagai satu mainan politik dan saja suka – suka untuk mempersendakan bangsa Melayu.