Siapa lebih berkuasa dalam PR ?
Mungkin PAS sudah mula tidak dapat menerima Anwar sebagai Ketua Parti Pembangkang. Sebenarnya 16 Sept yang pernah di pusingkan oleh Anwar adalah untuk test market sama ada pemimpin pembangkang dapat atau tidak menerima beliau sekiranya beliau layak jadi Perdana Menteri. Jelas, tidak semuanya yang boleh menerima , Hj Hadi dalam komen beliau menyatakan itu semua adalah angan-angan Mat Jenin.
Jika PR Menang pilihan raya yang akan datang, layak kah Anwar jadi PM atau HJ Hadi mahupun Lim Kit Siang. Kesemua ini kita lihat sebagai gila kuasa.Perpaduan dalam Parti pembangkang sekarang agak goyah. Anwar seolah -olah tidak lagi dihormati oleh pemimpin parti lain. Apakah Pas akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri ? atau adakah tempat sebagai Perdana Menteri sememangnya telah dijamin untuk Anwar? . Ini persoalan yang perlu dijawab oleh penyokong PR.
Sehingga hari ini, PR tidak berani membariskan bayangan kabinet mereka. Siapa yang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri, kerusi yang telah ditawarkan oleh Anwar kepada beratus orang, semua orang yang beliau ketemui, beliau menjanjikan untuk menjadi timbalan Perdana Menteri, Bagaimana dengan Hadi dan Lim Kit Siang, Mungkinkah tempat TPM juga bukan menjadi miliki mereka ?.
Berapa lama Penyokong PR perlu hidup dalam bayangan gurauan Anwar Ibrahim?
Usahkan kabinet bayangan, Logo Parti yang begitu mudah pun sukar bagi mereka mendapatkan kata sepakat seperti apa yang dilakukan oleh BN. Lambang dacing adalah lambang kesepakatan BN . PR masih menggunakan logo masing -masing kerana takut untuk menggunakan logo sendiri.
Di tempat melayu mereka takut gunakan logo DAP dan kawasan Melayu nereka takut gunakan logo Dap.Sehingga hari ini setelah memerentah beberapa negeri yang merupakan pencapaian mereka yang terbaik dalam pilihan raya yang lalu, mereka masih gagal memiliki logo sendiri. Apakah Anwar pasti beliau akan mendapat sokongan kaum ulamak dalam Pas untuk jadi PM jika PR memenangi pilihan raya akan datang ?